Nasional

Rasuah: Bekas setiausaha politik ditahan

SEORANG bekas setiausaha politik ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes menerima suapan bagi projek rundingan terus di Kementerian Pertahanan yang dianggarkan bernilai lebih RM56 juta.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman selama enam hari terhadap lelaki itu bermula hari ini selepas mendengar permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Menurut sumber, bekas setiausaha politik yang berusia 49 tahun itu ditahan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 8 malam semalam selepas hadir memberi keterangan.

BACA> Lelaki terima rasuah RM112,000 ditahan SPRM

“Siasatan awal mendapati suspek dikatakan telah menerima wang rasuah bernilai jutaan ringgit daripada sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan projek sistem tersebut secara rundingan terus dengan sebuah kementerian pada Ogos tahun lalu,”katanya.

Tambahnya, SPRM turut menyita pelbagai mata wang tunai yang dianggarkan bernilai lebih RM70,000 serta dokumen berkaitan projek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM. -SM

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button