fbpx
Nasional

13 GRO warga Vietnam ditahan ketika leka layan pelanggan

POLIS menahan 19 warga asing termasuk 13 wanita warga Vietnam yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Kuchai Entrepreneurs Park, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Difahamkan serbuan dilakukan kira-kira pukul 2.45 pagi oleh sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Ketua Polis Daerahnya, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin @ Hilmi berkata, turut ditahan ialah seorang wanita tempatan yang dipercayai bekerja sebagai pengurus premis.

 


“Turut ditahan ialah 29 pengunjung yang berada di dalam premis berkenaan melebihi masa yang ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zairulnizam, siasatan lanjut mendapati premis tersebut dibuka tanpa lesen perniagaan.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 4 Akta Hiburan WPKL 1992 dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.7) 2020.

Suspek warga asing ditahan reman selama 14 hari bermula hari ini manakala warga tempatan pula dikenakan kompaun RM1,000 setiap orang. -SM

(Visited 3 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button