Politik

Berpakat tetapi bertembung sesama sendiri

WALAUPUN wujud pakatan antara Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah, tetapi hakikatnya mereka tetap bertembung antara satu sama lain.

Selepas selesai penamaan calon semalam sekutu dalam Gagasan Rakyat Sabah  itu menyaksikan pertembungan sesama sendiri di 17 kerusi.

Itu berlaku apabila rakan-rakan dalam pakatan itu bertindak di luar keputusan perjanjian mengenai ketetapan jumlah calon yang bertanding terutama yang membabitkan BN dan PBS.

Hanya PN yang tetap dengan pendirian mereka untuk bertanding hanya di 29 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sedangkan BN yang berjanji mahu meletakkan 40 calon tela menambah satu lagi menjadikan 41. PBS pula pada mulanya hanya mahu bertanding di 15 kawasan tetapi selepas penamaan calon tamat menyaksikan mereka meletakkan calon di 22 kawasan.

Walaupun mereka berkata itu adalah pertembungan mesra sesama rakan sekutu, tetapi hakikatnya ia telah memecahkan undia dan gagal  menepati hasrat untuk hanya memastikan pertandingan satu lawan satu antara Gagasan Rakyat Sabah dan Warisan Plus.

BN telah melanggar janji mereka apabila hujung-hujung meletakkan calon yang berpaling tadah sebelum ini iaitu, Jamawi Jaafar bertanding di Melalap.

Jamawi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong sebelum ini telah melompat ke menyokong kerajaan Warisan tetapi kembali menyokong kumpulan Tan Sri Musa Aman mencabar kedudukan Datuk Seri Mohd, Shafie Apdal hingga membawa kepada PRN.

Keseluruhannya UMNO bertanding di 32 kerusi, PBRS (5) dan MCA (4) menjadi mereka yang bernaung di bawah BN 41.

Sementara rakan sekutu BN di PRNB Sabah iaitu PN meletakkan calon di 29 kerusi.

Bersatu bertanding di 19 kerusi diikuti STAR (lapan) dan SAPP (dua).

Di bawah adalah senarai 17 kerusi yang menyaksikan pertembungan sesama sendiri antara calon Gagasan Rakyat Sabah:

  • N02 Bengkoka – Umno vs PBS
  • N05 Matunggong – PBRS vs PBS
  • N07 Tandek – PBRS vs PBS
  • N11 Kadamaian – PBRS vs PBS
  • N22 Tanjung Aru – Umno vs PBS
  • N25 Kapayan – MCA vs PBS
  • N26 Moyog – Star vs PBS
  • N34 Lumadan – Umno vs PBS
  • N38 Paginatan – Umno vs Star vs PBS
  • N39 Tambunan – Star vs PBS
  • N40 Bingkor – Star vs PBS
  • N41 Liawan – Star vs PBS
  • N42 Melalap – Umno vs PBS
  • N44 Tulid – Star vs PBRS vs PBS
  • N45 Sook – Star vs PBRS
  • N47 Telupid – Umno vs PBS
  • N54 Karamunting MCA vs PBS

 

(Visited 167 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button