Politik

Selepas Bersatu, BN pula tidak bertanding Sarawak

MUKAH: Barisan Nasional (BN) tidak akan menurunkan sebarang calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember depan, kata Tan Sri Annuar Musa.
Jelas Annuar, BN merupakan rakan akrab Gabungan Parti Sarawak (GPS), justeru ia tidak akan menyainginya.
“Kita sudah ada GPS yang disokongi kuat oleh rakyat Sarawak, dan sebuah kerajaan yang sangat berprestasi tinggi.

“Jadi tidak ada sebab untuk BN (bertanding di sini) walaupun keadaan ini buat pertama sekali dalam sejarah pilihan raya, sejak merdeka, BN tidak menyertainya, ” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sepakat Komuniti di sini pada Sabtu.
Tegasnya, ini merupakan bukti muafakat dan kerjasama antara BN dengan pimpinan GPS di Sarawak.
Annuar berkata demikian bagi mengulas tindakan beberapa pihak yang tanpa autoriti menaikkan panji dan poster, menggambarkan BN akan bertanding dalam PRN Sarawak.
Pada PRN Sarawak 2016, BN Sarawak menang 72 daripada 82 kerusi yang ditandingi.
Bagaimanapun, berikutan kekalahan BN dalam PRU 2018, BN Sarawak dibubarkan dan parti komponennya sepakat menubuhkan entiti politik baharu yang dikenali sebagai GPS.
(Visited 459 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button