PolitikPRK

UPKO kata PRU belum sesuai diadakan

BERBELAH bahagi. Ada yang kata sesuai dan ada yang mengatakan belum sesuai jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

Kalau masih belum tiba masanya PRU15 diadakan, apatah lagi dalam masa terdekat, ini disebabkan negara masih berdepan dengan penularan Covid-19.

Itulah pandangan dan kata-kata Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau seperti dilaporkan portal berita FMT hari ini.

Ahli Parlimen Tuaran itu berkata, selain bimbang dengan keselamatan pengundi, UPKO berpandangan hal itu juga menyukarkan parti politik untuk menyampaikan mesej kepada pengundi kerana ruang berkempen yang agak terhad.

Beliau berkata, penularan Covid-19 menyebabkan orang ramai takut untuk keluar mengundi sekali gus menyebabkan jumlah peratusan keluar mengundi rendah.


“SOP (prosedur operasi standard) berkempen semasa PRN (pilihan raya negeri) Melaka baru-baru ini juga kita dapat lihat parti bertanding tidak dapat cakap atau sampaikan maklumat serta tawaran dengan baik supaya pengundi boleh faham serta membuat pilihan bijak.

“Jumlah mengundi juga rendah, merisaukan kerana kita mahu beri peluang kepada ramai rakyat untuk memilih…tunggu satu tahap yang lebih sesuai (adakan PRU15), MoU (memorandum persefahaman) pun kita ada hingga Julai depan,” katanya.

Ditanya mengenai kerusi akan ditandingi UPKO pada PRU15, Madius berkata, sebagai parti komponen Pakatan Harapan (PH) perkara itu akan dibincangkan secara bersama dalam gabungan tersebut. – SM

(Visited 39 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button