Politik

MB Perak: Sultan Nazrin titah ADUN Bersatu, Pas menghadap

KEMELUT calon Menteri Besar Perak yang baharu akan selesai selepas Ahli Dewan Undangan Negeri dari Bersatu dan Pas menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Anggota Dewan Negara Perak Mohd Annuar Zaini menjelaskan, Sultan Nazrin telah menitahkan ADUN-ADUN terbabit untuk datang mengadap baginda.

Sultan Nazrin ingin mendapat kepastian sokongan ADUN-ADUN terbabit terhadap calon menteri besar dari UMNO.

“Tuanku menerima maklumat dan status terkini yang dipersembahkan dan baginda perlu diyakinkan bahawa perkara yang disembahkan itu perlu dibuktikan terlebih dahulu.

“Oleh kerana itu selanjutnya tuanku menitahkan Adun Bersatu dan PAS untuk datang mengadap pada bila-bila masa hari ini,” katanya kepada media di Istana Kinta, Ipoh pagi ini.


Perak mempunyai 59 ADUN yang terdiri daripada Barisan Nasional 25, Bersatu 5 dan Pas 3, DAP 16, PKR 3, Amanah 5, Gerakan 1 dan Bebas 1.

Menurut Mohd Annuar lagi istiadat angkat sumpah jawatan menteri besar akan hanya dilaksanakan setelah Sultan Nazrin yakin calon memiliki majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah mengadap Sultan Nazrin Shah untuk menyerahkan nama calon menteri besar pagi tadi. -SM

 

(Visited 258 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button