Nasional

Pasca Kebenaran (post-truth) dan infodemik burukkan keadaan

SELAIN daripada pandemik Covid-19, dunia juga berdepan dengan masalah infodemik iaitu penularan maklumat, berita palsu, salah dan olok-olok di tengah-tengah masyarakat dalam mendepani wabak ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, masalah infodemik ini telah mendapat perhatian serius oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), juga badan-badan antarabangsa utama seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana ia memburuk dan menyukarkan keadaan buat pihak berwajib bagi menguruskan hal-hal berkaitan Covid-19.

“Saya amat bersimpati dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad yang difitnah oleh laman-laman media sosial yang tidak bertanggungjawab atas apa jua alasan seperti “parody” dan sebagainya.

“Ini kerana ia memburukkan lagi keadaan dan menyukarkan pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengurus maklumat dan pemegang taruh di kalangan mahasiswa dan keluarga mereka,” kata Wan Ahmad Fayhsal kepada SUARA MERDEKA.

Seperti nasihat Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kita perlu tumpu kepada usaha membendung wabak Covid-19 dan elakkan daripada mengapi-apikan keadaan juga ‘blame game (contoh: dengan sebaran gambar “parody”, “meme” yang jelas fitnah ke atas Menteri Pengajian Tinggi), kata beliau.

Kata Wan Ahmad Fayhsal lagi, ‘blame game’ itu juga memburukkan lagi masalah pandemik dan lebih-lebih lagi masalah infodemik Covid-19.

“Saya menyeru semua anak muda untuk menjaga adab dan akhlak kita dalam interaksi media sosial demi kebaikan negara dan masyarakat.

“Kita sedang hidup dalam era “Post-Truth” (Pasca Kebenaran) yang telah mencetuskan fenomena politik seperti Brexit dan kebangkitan golongan ektremis kanan (far-right) di serata dunia.

“Semua ini menyumbang kepada ketidakstabilan sosial dan negara yang tidak akan membantu langsung dalam usaha memerangi wabak Covid-19,” ujar beliau.

Kerajaan, katanya lagi, mendengar dan berusaha sebaik mungkin untuk menguruskan semua isu yang timbul.

“Semoga Allah melindungi kita semua,” kata Wan Ahmad Fayhsal. – SM

 

(Visited 639 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button