Ekonomi

Totalife perkenal produk kesihatan, tudung dan skaf

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan ulang tahun ke-24, syarikat yang menawarkan produk pelangsingan badan Totalife (M) Sdn. Bhd., pengeluar produk kesihatan berjenama Totalife kini memperkenalkan produk penjagaan kesihatan, tudung dan skaf buat pilihan pelanggan.

Pengenalan produk terbaharu itu adalah sebagai memperlihatkan keyakinan syarikat terhadap dua produk berkenaan selain daripada membantu para ahlinya untuk menambah pendapatan bulanan.

Dengan adanya produk-produk terbaharu ini, para ahli Totalife Malaysia dapat menawarkan variasi  produk popular kepada para pelanggan mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Danny Chew, syarikat mula menwawarkan produk Junior Keep Secret (JKS) pada pertengahan tahun ini yang meliputi 10 jenis barangan yang dijual pada harga mampu milik.

“Di dalam 10 jenis barangan ini, terdapat produk yang meningkatkan penjagaan kesihatan kulit golongan wanita seawal usia remaja,” katanya.

Beliau berkata, Totalife juga baharu sahaja melancarkan koleksi tudung dan skaf yang kini menjadi pilihan para ahli kerana fabriknya berkualiti.

“Bukan sahaja tudung dan skaf berkualti tetapi warna yang ditampilkan turut menarik minat dan perhatian ramai.

“Harga yang ditawarkan pula serendah RM70 sehelai dan ia ditawarkan kepada ahli untuk membolehkan mereka mencari pendapatan tambahan dengan menjualnya kepada umum,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Makan Malam bersempena sambutan Ulang Tahun Syarikat dan juga pertandingan pelangsingan badan dalam kalangan ahlinya dari Malaysia dan juga dari Indonesia, Taiwan, Thailand dan Indonesia di Subang Jaya, baru-baru ini.

Lebih 800 tetamu hadir pada majlis tersebut yang turut disertai ahli-ahli dari luar negara iaitu Taiwan, Thailand dan Indonesia.

Pada majlis tersebut, Totalife turut menerima anugerah Malaysian Book of Record atas inisiatif syarikat menganjurkan program Pertandingan Pelangsingan Badan Terbanyak.

Secara keseluruhannya, syarikat menganjurkan sehingga 45 pertandingan pelangsingan badan yang mana, Program 10 Kilogram secara purata, dijalankan semasa program tersebut diadakan.

Sementara itu, Danny turut menjelaskan, syarikat kini memiliki seramai 47,000 ahli dan syarikat, katanya, mengunjurkan pertambahan ahli secara berterusan pada tahun 2020.

“Kami menjangkakan sebanyak 100 orang ahli baharu akan menyertai keluarga Totalife setiap bulan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Totalife bakal memperkenalkan  produk baharu berupa supplemen berasaskan anti penuaan yang berkualiti tinggi pada pertengahan tahun depan. – SM

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button