EkonomiHiburanJual BeliMedia massa

Influencer TikTok, Ojen Aiwah jalin kerjasama dengan Lovaa Cosmetics hasilkan penyegar mulut

Influencer TikTok, Ojen Aiwah menjalinkan kerjasama dengan Lovaa Cosmetics untuk mengeluarkan penyegar mulut bagi kegunaan orang ramai.

Jelas graduan berkelulusan Yaman itu, dia selesa untuk bekerjasama dengan Lovaa Cosmetics kerana mempunyai keserasian selain jenama itu memiliki keunikan tersendiri.

“Saya mengambil peluang daripada pengasas untuk bekerjasama untuk mengeluarkan produk berasaskan kesihatan, ibarat jaga luar luar dan dalam.

“Perisa penyegar mulut ini dihasilkan daripada bahan campuran anggur dan mint agar rasanya seimbang selain boleh mengekalkan kesegaran dalam mulut,” katanya.

Sementara itu, pengasas Lovaa Cosmetics, Suzieyana Hijau, 29, berkata, pengeluaran produk penyegar mulut tersebut merupakan usaha memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan penjagaan mulut.

“Pada kebiasaannya, ramai orang ingin tatasias diri melalui solekan tetapi mereka tidak sedar akan bau mulut yang mungkin tidak membawa keselesaan pada orang lain.

“Produk penyegar mulut ini boleh digunakan untuk perempuan dan lelaki bertepatan dengan konsep Lovaa Cosmetics yang menekankan elemen ringkas dan memudahkan para pengguna,” katanya.

Dengan harga RM19.90, penyegar mulut jenama Lovaa X Ojen Aiwah mendapat sambutan pengguna kerana mampu menghilangkan bau mulut.

Orang ramai yang berminat untuk mencubanya boleh mendapatkannya daripada ejen sah yang dilantik.

(Visited 1,554 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button