Ekonomi

SimplySiti melancarkan produk kosmetik baharu

PENYANYI terkemuka negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, hari ini melancarkan produk kosmetik terbaharu Simplysiti yang berada di pasaran semenjak 9 September yang lalu. Beliau amat berbesar hati kerana dapat memperkenalkan produk terbaharu SimplySiti yang berkonsepkan SimplySiti for All – Reflection of Perfection, yang sesuai untuk semua kulit Wanita Asia.

‘Kosmetik terbaharu ini lahir ketika negara kita dan seluruh dunia dilanda bencana yang tidak terduga. Namun, saya amat berbangga dengan pasukan SimplySiti yang komited dan bekerja keras bagi memastikan produk ini berada di pasaran sebagaimana yang telah dirancang sejak awal lagi.’

‘Rangkaian kosmetik ini pasti dapat memenuhi citarasa ramai kerana rona-rona warna yang disediakan sesuai untuk semua warna kulit dan peringkat umur bagi penggemar-penggemar kosmetik yang inginkan penampilan ‘matte’ semulajadi.’

 

Pada majlis ini, saya juga ingin memperkenalkan Duta baharu SimplySiti iaitu Zahra Zura Aziza Zahanor. Setelah 11 tahun, SimplySiti berada di pasaran, buat julung kalinya, syarikat melantik Duta SimplySiti untuk bersama-sama saya bagi mempromosikan semua rangkaian kosmetik, rangkaian penjagaan kulit dan semua produk-produk SimplySiti pada masa akan datang sekaligus menarik minat dari kelompok golongan remaja’, katanya.

Selaku usahawan kosmetik tempatan yang terkenal, Siti tidak menafikan bahawa SimplySiti juga terkesan dengan masalah ekonomi akibat Covid 19. Namun, beliau amat bersyukur walaupun dalam keadaan pandemik, peminat-peminat rangkaian kosmetik dan barangan penjagaan diri SimplySiti masih boleh membeli barangan keperluan mereka melalui platform seperti Shopee, laman sesawang SimplySiti dan melalui ahli-ahli SimplySiti Elit.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan kolaborasi SimplySiti terutamannya Shopee, Watson, Astro Go Shop, Wow Shop, dan AEON Wellness yang turut bersama-sama mempromosikan produk-produk SimplySiti.

Majlis jamuan makan tengahari yang diadakan dengan kerjasama pihak Menara Kuala Lumpur ini telah dihadiri oleh rakan-rakan media, Ahli Simplysiti Elit dan rakan-rakan kolaborasi SimplySiti, Rangkaian kosmetik terbaru SimplySiti ini boleh didapati di Watson, Shopee, laman sesawang www.simplysiti.com.my dan ahli SimplySiti Elit yang berdaftar.

SimplySiti yang ditubuhkan pada tahun 2010, merupakan jenama kosmetik dan penjagaan kulit keluaran tempatan yang dirumus secara saintifik dan terbukti secara klinikal serta mempunyai Sijil Halal Jakim. Barangan Simplysiti juga dihasilkan dengan penuh ketelitian bagi memudahkan wanita islam untuk menunaikan solat.

Jenama SimplySiti sememangnya mencerminkan gaya hidup Siti yang berkualiti, praktikal, kompak dan mudah bagi sentiasa tampil menawan dengan harga yang amat berpatutan. – SM

 

(Visited 826 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button