fbpx
Nasional
Trending

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perlis dipindahkan ke HUKM

TIMBALAN Pesuruhjaya 1 PAS Perlis Yussainie Yahya yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar sejak Jumaat lepas telah dipindahkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur semalam, kata Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli.
Beliau berkata hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan melawat Yussainie bagi membolehkan beliau mendapat rehat secukupnya.

“Orang ramai juga diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini. Marilah kita semua berdoa agar kesihatan beliau (Yussainie) segera pulih dan dapat menjalankan tugasnya seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan Yussainie, 41, rebah di rumahnya pada Jumaat dan dikejarkan ke HTF untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sebelum ini, Mohd Shukri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sanglang pernah dikejarkan ke HTF dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronori (CCU) selepas rebah ketika menyampaikan ucapan pada Ceramah Muafakat Perdana Nasional di Dewan 2020 di Kangar pada September tahun lepas.– BERNAMA


Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button