fbpx
Nasional

Gay atasi penagih dadah jadi kumpulan terbesar dijangkiti HIV

KUALA LUMPUR – Corak jangkitan HIV yang pertama kali dilaporkan pada tahun 1986 kini berubah dari golongan penagih dadah menjadi golongan paling ramai terdedah kepada jangkitan HIV kepada pengamal hubungan seks sejenis atau gay tahun lalu.

Tahun lalu sebanyak 57 peratus kes HIV direkodkan dalam jalangan pengamal hubungan seks sejenis. Ia  diikuti golongan pengamal seks bebas dalam kalangan heteroseksual iaitu sebanyak 37 peratus.

Manakala penagih dadah yang pernah menjadi kumpulan terbesar dijangkiti HIV apabila mula-mula dikesan pada tahun 1986 semakin menurun kepada 3 peratus sahaja.

Menurut Kementerian Kesihatan pada tahun 1990 majoriti jangkitan HIV adalah dalam kalangan penagih dadah iaitu 61 peratus kerana amalan berkongsi jarum suntikan.


Pada waktu itu tiada kes jangkitan HIV dilaporkan berkaitan amalan homoseksual. Sementara jangkitan akibat hubungan seks heteroseksual kerana bertukar-tukar pasangan pula dilaporkan sebanyak 5 peratus.

Manakala 34 peratus lagi disebabkan oleh faktor lain termasuk pemindahan darah, pemindahan organ, kemalangan tercucuk jarum.

Corak tersebut bagaimanapun semakin berubah pada tahun 2010 apabila jangkitan menerusi jarum suntikan dalam kalangan penagih dadah menurun kepada 48 peratus.

Namun pada masa yang sama menyaksikan bilangan pengamal seks bebas dalam kalangan heteroseksual dijangkiti HIV meningkat kepada 40 peratus.

Jangkitan HIV dalam kumpulan pengamal hubungan seks sesama lelaki pula dilaporkan meningkat sebanyak 8 peratus pada tahun tersebut berbanding kosong peratus pada tahun 1990 dan tahun lalu menjadi kumpulan paling ramai dijangkiti HIV.-SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button