Analisis

Annuar Musa calon cocok Kuala Terengganu

SELEPAS sekitar tiga bulan beliau dipecat dari parti kesayangan beliau iaitu UMNO, Tan Sri Annuar Musa akhirnya memutuskan untuk menyertai Pas.

Sosok beliau yang mudah disenangi dan sentiasa bersikap sederhana di dalam berpolitik menyebabkan beliau diterima dengan baik oleh mana-mana parti politik.

Bekas setiausaha agung UMNO dan ketua penerangan UMNO itu ibarat sebutir permata di dalam dunia politik kerana berpengalaman luas sebagai anggota kabinet dari zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad hingga ke era Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Annuar yang sentiasa istiqomah memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan keagungan syiar Islam telah memilih Pas untuk beliau berkhidmat sebagai seorang politikus yang sudah sebati di dalam darah beliau.

Alasan beliau memilih Pas kerana parti itu adalah sehaluan dengan perjuangan beliau dan Pengerusi Muafakat Nasional itu terus bertekad untuk meneruskan usaha menyatu-padukan umat Islam di negara ini serta kaum Melayu yang perlu menjadi teras kepada kestabilan politik Malaysia.

Annuar ketika ditanya apakah beliau bertanding pada pilihan raya negeri kali ini, beliau memberi komen bahawa tidak meletakkan ia keutamaannya dan menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan.

Walaupun tanpa jawatan di dalam Pas beliau saban hari turun ke lapangan berucap memberi penjelasan berhubung isu semasa termasuk masalah dalaman UMNO hingga membawa kepada robohnya kerjasama di dalam Perikatan Nasional (PN) dan akhirnya beliau dipecat.

Kisah disebalik tabir itu menyedarkan menarik minat semua lapisan masyarakat serta kaum dan mulai sedar keadaan politik semasa yang memerlukan tindakan reset untuk menstabilkan situasi yang kucar-kacir hari ini.

Jadi apabila kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong ia seperti satu bukaan untuk beliau kembali ke Parlimen untuk menguatkan lagi barisan pembangkang di Dewan Rakyat sebagai semak dan imbang kepada kerajaan hari ini.

Selain bijak berhujah dan memberi penjelasan, Annuar juga dihormati oleh pihak lawan kerana pengalaman dan kebolehan yang ada.

Rakyat juga menjadi keutamaan beliau walaupun ditempatkan di mana jua kementerian. Bukan cerita baharu bagaimana beliau sering bersama dengan rakyat ketika berdepan dengan penularaan wabak Covid-19, termasuk menguruskan jenazah mereka yang meninggal dunia akibat wabak berkenaan.

Jadi apabila tersiar berita bahawa Pas akan mempertimbangkan semua cadangan berhubung calon PN PRK Kuala Terengganu termasuk saranan mencalonkan Annuar.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Mohd Zuhdi Marzuki berkata ketika ini PN belum memutuskan berhubung calon di kerusi berkenaan kerana perlu melalui pelbagai proses termasuk memperhalusi status penyandangnya Ahmad Amzad Hashim.

Beliau yang juga ahli Dewan Tertinggi MN yakin Pas dan PN akan mempertimbangkan cadangan pelbagai pihak termasuk bekas Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang menyarankan Annuar dicalonkan mengambil kira pengalaman bekas Ahli Parlimen Ketereh itu.

“Keputusan terakhir yang dibuat nanti setelah mempertimbangkan pelbagai pandangan tersebut,” katanya lapor FMT.

Pada 11 Jul lalu, Zuraida, bekas menteri PKR yang kini menyokong PN meminta gabungan itu memilih calon PRN dan PRK berdasarkan kelayakan bukan kedudukan atau hierarki dalam parti.

Beliau berkata semua pihak perlu mengenepikan perbezaan peribadi dan bersatu memilih calon boleh menang serta menjadi wakil rakyat yang baik.

Menurut Zuraida, Annuar yang baru menyertai Pas bulan lalu boleh menang mudah jika dipilih sebagai calon PN di Parlimen Kuala Terengganu.

Pada PRU15, Ahmad menang dengan majoriti 40,907 undi namun Mahkamah Pilihan Raya Terengganu, 27 Jun lalu membatalkan kemenangannya selepas mendapati wujud perbuatan rasuah dengan tujuan mempengaruhi pengundi.

Susulan keputusan PAS tidak merayu keputusan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Kuala Terengganu diadakan serentak dengan PRN di negeri itu, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, dan Kelantan.

Saranan memilih Annuar sebagai calon di Kuala Terengganu adalah yang terbaik dan langkah itu akan membuka lebih ramai ahli UMNO menyertai Pas dan lebih ramai bukan Melayu akan menyokong parti berkenaan dan menyertainya sebagai sebuah parti yang membawa perjuangan keadilan dan kesejahteraan sejagat, sejajar dengan ajaran Islam.

Ia membuka era baharu politik di negara ini dan Pas sendiri sekaligus mengangkat martabat dan meningkat kefahaman mengenai Islam.

 

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button