Politik

Kelantan terus disinari ‘bulan purnama’, 45-0

KOTA BHARU – Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah yakin parti itu mampu menyapu bersih semua 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

“Bagaimanapun, suka saya ingatkan kita tidak boleh terlalu yakin.

“Sebaliknya perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pas pada PRN nanti,” katanya semasa berucap pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU DUN ke-15 Perikatan Nasional (PN) Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Khamis.

Beliau yang juga Naib Presiden Pas berkata, parti itu yakin mampu mempertahankan pentadbiran di Terengganu dan Kedah.

Ujarnya, selain itu beliau optimis Perikatan Nasional (PN) mempunyai peluang cerah untuk merampas Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button