Analisis

Annuar Musa pemecah tembok komunikasi

TAN SRI ANNUAR MUSA menjadi pemecah tembok komunikasi yang selama ini menghadang komunikasi PAS dan BERSATU kepada para penyokong UMNO.

Bekas menteri komunikasi, setiausaha agung Barisan Nasional, setiausaha agung UMNO, ketua bahagian UMNO Ketereh dan banyak lagi jawatan penting termasuklah lebih 30 tahun sebagai ahli majlis tertinggi UMNO, pastinya menarik perhatian banyak pihak di dalam parti berkenaan setiap kali Annuar membuka mulut.

Selain kepetahan beliau berucap, Annuar juga bijak mengulas sesuatu isu memudahkan pelbagai lapisan masyarakat memahaminya.

Semasa di dalam kabinet Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Annuar terpaksa tampil ke hadapan memperjelaskan pelbagai isu kerana kegagalan menteri-menteri kabinet lain melontarkan idea dan menjelaskan kepada rakyat.

Annuar tidak lantang, tetapi penerangan beliau sangat jelas dan mudah dicerna oleh golongan teknokrat hinggalah mereka yang berniaga di jalanan.

Buktinya naratif yang dibawa oleh Annuar kini menjadi ikutan dan bualan banyak pihak. Pasti ramai yang kagum bagaimana orang biasa mampu mematahkan setiap hujah pihak yang menyokong kerajaan dan penjilat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ia adalah hasil komunikasi yang berkesan yang dijalankan oleh Annuar. Jadi tidak hairan apabila setiap kali ada siarang langsung ucapan Annuar, orang UMNO yang paling tekun mendengarnya.

Ramai yang sudah beralih arah dan kini menjadi jurucakap tidak rasmi kepada Perikatan Nasional. Bijaknya Annuar adalah menarik algoritma penyokong tegar UMNO dengan membuat hantaran ke media sosial mengkritik parti berkenaan.

Maka beramai-ramailah yang melabel Annuar sebagai gila talak, tanpa mereka sedari Annuar telah membuka dan memecahkan tembok komunikasi terhadap penyokong dan ahli UMNO.

Jika sebelum ini Perikatan Nasional sangat kuat di media sosial, kini kehadiran Annuar menjadi ia bertambah kuat dan sukar ditandingi oleh laskar siber UMNO yang compang camping bertuankan ketua otak separuh tiang.

Annuar sedar bahawa mana-mana kerajaan tidak akan mampu melawan gerakan rakyat dan kini Annuar serta Perikatan Nasional berada bersama-sama rakyat. Apatah lagi beliau membawa suara rakyat sejak dari dahulu sehingga ke dewasa ini.

Daripada iniasitif melawan Covid-19 hinggalah jihat menangani inflasi, Annuar sentiasa bersama rakyat dan bukan hanya pidato-pidato politik seperti yang dibuat oleh Anwar Ibrahim, tetapi turun ke lapangan bersama rakyat mendengar dan menyelesaikan masalah mereka.

Semakin ramai rakyat kini bersama-sama Annuar dan walaupun kini hanya menjadi ahli biasa di dalam Pas, tetapi Pengerusi Muafakat Nasional itu diharap suatu hari akan memimpin negara ini ke mercu kejayaan.

(Visited 323 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button