Analisis

‘Bom jangka’ meletup pada wacana Sinar

TERLEBIH dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Sinar Harian yang berjaya mengendalikan wacana yang sangat progresif dan menarik yang menandakan kebebasan media di negara ini semakin tertegak.

Sejak pulang dari Jakarta pada 2011 selepas bertugas sebagai wakil Utusan Malaysia, saya berusaha untuk mengadakan forum terbuka seperti yang diadakan oleh Sinar.

Forum terbuka begini perlu diadakan dengan lebih kerap supaya rakyat dapat menilai sendiri bagaimana rupa sebenar pemimpin mereka.

Baik ketika berdebat di forum terbuka dan ketika dewan rakyat dan dewan undangan negeri, ini membantu rakyat membuat keputusan yang tepat dalam memilih kerajaan.

Forum malam tadi bertajuk PRN: Adakah Bom Jangka Kedua? itu sendiri telah meledakkan bom sebaik sahaja wacana itu di buka.

Ia berpunca daripada ahli panel yang merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan juga Pengarah Komunikasi UMNO dan ketua laskar siber kerajaan madani, Datuk Lokman Adam.

Lokman yang gagal memahami erti wacana iaitu pertukaran pendapat secara lisan, bertindak bercakap tanpa henti dan menganggu ketika ahli panel lain sedang bercakap.

Paling tidak sopan apabila ditanyak soalan pertama dengan survei yang dilalukan oleh akhbar Sinar Harian, Lokman telah menuduh survei didanai oleh Perikatan Nasional dan sekaligus mempertikaikan integriti akhbar berkenaan.

Sampai satu tahap sehingga moderator Herleena Pahlavi juga hilang sabar dan mengatakan beginilah contoh pemimpin UMNO iaitu merujuk kepada ahli majlis kerja tertinggi yang disandang Lokman sebagai tidak boleh ditegur langsung.

Sepanjang wacana itu Lokman kelihatan sangat tertekan dan gagal menjawab setiap soalan diberikan, sebaliknya dia lebih gemar bergaduh dengan moderator dan ahli panel yang lain.

Ahli panel lain ialah Naib Pengerusi PKR Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad, Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard.

Lokman tidak dapat berhujah dengan rasional sehingga menyerang lawan dengan tuduhan peribadi atau ‘below belt’ terhadap Chegu Bard dengan mengaitkan hal keluarga.

Sikap Lokman itu sangat memalukan dan lebih memalukan ketika beliau mengeluarkan teori ekonomi sendiri, sehingga para penyokongnya terpinga-pinga dan melihat sesama sendiri kerana tidak faham apa yang dikatakan oleh bos mereka.

Memang jelas Lokman sendiri tidak yakin dengan wadah yang dibawanya pada hari ini kerana sebelum ini beliau paling lantang mengutuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan. Kini beliau pastinya berasa sangat jijik menjilat kahak sendiri, namun demi pangkat dan kuasa digagahi juga.

Arafat pula seolah-olah tersesat di sebuah gelanggang yang terlalu besar untuk beliau, dan hanya memuntahkan fakta separuh masak yang dikarang di telefon bimbit berhubung situasi ekonomi negara ketika ini. 

Arafat ibarat burung kakak tua yang meluahkan kembali naratif yang dibawa pada menteri madani yang membanding situasi ekonomi sekarang dengan ketika negara berdepan dengan penularan wabak Covid-19 dan menafikan kegetiran hidup rakyat hari ini.

Tanpa mereka sedar jumlah pengangguran dan inflasi yang turun pada hari ini adalah kejayaan kerajaan sebelum ini dalam menghadapi situasi pandemik dan kini berjaya membawa negara keluar dari situasi getir itu.

Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan kini adalah memastikan negara tidak terjerumus ke dalam jurang kegawatan kerana telah banyak indikator ke arah itu.

Kedua-dua wakil kerajaan madani itu boleh sahaja menyatakan bahawa PRN kali ini adalah referundum rakyat menolak Perikatan Nasional (PN) disertai dengan hujah yang lebih bernas. Bagaimanapun ia tidak berlaku kerana mereka kurang kebijaksanaan.

Sikap menolak frasa kata referundum rakyat itu jelas menunjukkan mereka tidak yakin untuk menang dan terus hidup dalam penafian serta terpisah daripada rakyat.

Sikap itu juga menunjukkan bahawa mereka menganggap kerajaan yang adalah yang terbaik di dunia, dan kesusahan rakyat adalah kerana atas kesalahan rakyat itu sendiri. – SM

(Visited 697 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button