PolitikRencana

Benarkah PKN sangat ‘demand’ walaupun hanya sebuah NGO?

Penggerak Komuniti Negara (PKN) sebuah parti atau sebuah pertubuhan bukan kerajaan?

Ramai yang bertanya soalan itu dan ramai juga yang tidak sedar dengan kewujudan PKN, terutamanya di peringkat kebangsaan.

Tapi di peringkat negeri banyak cakap-cakap tentang PKN. Di Kedah contohnya walaupun mempunyai dua ahlinya terdiri daripada ADUN di dalam kerajaan dan telah dilantik menjadi exco.

Sebagaimana yang diakui oleh Pengerusi PKN yang juga Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon di negeri Johor sentiasa menyokong aspirasi kepimpinan kerajaan sama ada di peringkat negeri atau pusat, sekali gus berusaha memperkasakan rakyat.

BACA JUGA > Jaga-jaga ‘Kuda Trojan’ hancurkan Muafakat Nasional

PKN dikatakan sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), misi dan visi PKN adalah untuk memperkasakan komuniti serta rakyat.

Di Kedah seramai 35 orang telah dilantik sebagai Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Dan kini PKN Johor sedang kuat melobi untuk turut diberi pengiktirafan yang sama.

PKN Johor mendakwa menerima banyak permintaan kemasukan keahlian dan seramai 26,471 ahli sudah mengesahkan pendaftaran masing-masing, setakat ini.

PKN Johor juga sudah selesai mengesahkan 25 orang pengerusi PKN di setiap kawasan Parlimen di negeri ini manakala baki seorang lagi pengerusi masih dalam pertimbangan.

Jadi, ahli PKN ini bukan hanya yang keluar (parti) khususnya daripada PKR tetapi daripada seluruh rakyat.

Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan, dikatakan PKN boleh menerima pelbagai lapisan masyarakat kerana matlamatnya untuk membantu memakmurkan negeri dan negara.

Salah seorang ahli PKN ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Dia mengatakan bahawa NGO, yang didaftarkan pada 16 Jun lalu, adalah sebahagian dari pelaksanaan pemerintah dari Dasar Komuniti Nasional di bawah kementeriannya.

“PKN adalah NGO nasional untuk menyokong agenda pemerintah di bawah Dasar Komuniti Nasional sejajar dengan pemberdayaan masyarakat.

“Ini NGO, bukan parti politik,” kata Zuraida.

Gambar sijil pendaftaran PKN yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 di sebuah alamat di Putrajaya telah tersebar.

Mesej yang disertakan dengan gambar tersebut mendakwa bahawa PKN adalah parti politik yang ditubuhkan untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pemeriksaan di laman Facebook PKN menunjukkan bahawa aktivitinya berkisar pada pemberian bantuan kepada yang memerlukan.

Sekretariat PKR telah memperingatkan, melalui surat edaran pada 29 April, bahawa tindakan tatatertib segera akan diambil terhadap sesiapa sahaja dari parti yang bergabung dengan PKN, yang pada awalnya merupakan organisasi yang ditubuhkan di bawah PKR.

Baru-baru ini, terdapat banyak perbincangan mengenai parti politik baru yang akan ditubuhkan oleh Menteri Kanan (Ekonomi) Datuk Seri Azmin Ali dan Zuraida untuk melayani mereka yang telah keluar atau dikeluarkan dari PKR.

Bahkan di Kedah dikatakan PKN telah disediakan dua kerusi DUN untuk mereka bertanding pilihan raya akan datang. Empat kerusi untuk UMNO dan selebihnya adalah untuk Pas serta Bersatu.

PKN dikatakan sangat demand kerana mendakwa merekalah menjadi pemicu kepada keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan terbentuknya kerajaan PN pada hari ini.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan UMNO bakal pupus di Kedah.

Jadi tidak hairan apabila para pemimpin dan ahli UMNO semakin tawar hati dengan Perikatan Nasional (PN) sebaliknya lebih selesa dengan Muafakat Nasional (MN) iaitu kerjasama di antara Pas dan UMNO.

BACA JUGA> Tolak Perikatan Nasional, UMNO perkasakan Muafakat Nasional

Bahkan kerjasama dua parti orang Melayu terbesar itu jelas telah memenangi enam pilihan raya kecil dan sekaligus membuktikan sokongan yang diberikan kepada MN adalah kuat.

Satu lagi apabila bekas Perdana Menteri dan juga Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bakal menubuhkan parti baharu ramai yang mengaitkan PKN bakal berubah peranan kepada sebuah parti yang disebut itu.

Mampukah UMNO, Pas, Bersatu, PKN, MCA, MIC, GPS dan parti-parti di Sabah terus kekal di dalam sebagai komponen yang mengikat PN sehingga pilihan raya akan datang.

Lihat sahaja soal pembahagian kerusi di Sabah sahaja telah menjadi satu masalah besar apabila Bersatu mahu bertanding 45 daripada 73 kerusi pada pilihan raya negeri Sabah.

Sedangkan Bersatu baharu sahaja bertapak di Sabah berbanding UMNO yang sebenarnya telah menang di Sabah sebelum dirampas oleh Warisan setelah Datuk Seri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai ketua menteri.

Pada PRK Kimanis UMNO yang menjadi tonggak Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama Pas melalui MN telah membuktikan mereka berjaya memenanginya dengan bergaya atau majoriti lebih besar.

Apa jua situasinya sebenarnya parti mana yang mampu mengetengahkan pemimpin paling berwibawa dialah yang akan berkuasa dan memimpin seperti yang berlaku pada masa ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan berjaya memimpin negara dan disukai oleh rakyat.

Walaupun gayanya kurang digemari orang politik termasuk yang bernaung di bawah bumbung PN, tetapi akhirnya rakyat yang menentukan siapa yang mereka pilih apabila parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan. – SM

(Visited 1,941 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button