Politik

Tolak Perikatan Nasional, UMNO perkasakan Muafakat Nasional

UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional, sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Datuk Zahid Hamidi berkata, sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO & BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN tengah hari semalam di bangunan Parlimen telah menyatakan hasrat PPBM (Bersatu) untuk menyertai MN.

BACA> TYT Sabah setuju bubar DUN, adakan pilihan raya negeri – Shafie

“Hasrat PPBM ini akan diperbincangkan dengan pihak PAS untuk diperhalusi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan untuk UMNO dan PAS memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.

Jelasnya, beliau juga akan menyerahkan kepada JK Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat PPBM sekiranya berkemampuan untuk memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara.

Keputusan untuk tidak bersama PN itu dibuat Zahid selepas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Mohd. Apdal mendakwa Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin telah bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri. -SM

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button