AnalisisEkonomi

Persediaan mengatasi kenaikan inflasi dan kadar faedah

SECARA umumnya, seluruh dunia ketika ini sedang berhadapan dengan kadar inflasi semakin tinggi akibat peningkatan permintaan barangan dan perkhidmatan secara mendadak sejak ekonomi dibuka semula.

Malah sekatan pergerakkan masih lagi dikenakan di beberpa negara pengeksport utama dunia seperti China telah secara tidak langsung menjejaskan rantaian bekalan global. Keadaan lebih teruk dengan tercetusnya konflik antara Russia dengan Ukraine yang pasti akan memburukkan lagi rantaian bekalan global.

Kenaikan harga minyak mentah, logam dan komoditi melonjak tinggi di pasaran global akan terus memberi tekanan kepada kadar inflasi. Malaysia juga taidak terkecuali terkesan dengan keadaan ketidaktentuan ekonomi global hari ini.

Apa yang kita boleh lakukan adalah semak semula tabiat perbelanjaan dan membezakan antara keperluan dan kehendak. Sekiranya inflasi menyebabkan kita sukar untuk berbelanja mengikut bajet sedia ada, maka ambil sedikit masa untuk menyemak semula aliran tunai kita.

Dengan kenaikan kadar faedah, ianya akan menyebabkan perbelanjaan kita berkurang dan secara tidak langsung ia boleh membantu kita untuk menyimpan.  Jikalau kita sudah berusaha mengurangkan perbelanjaan mengikut bajet sedia ada dan masih lagi tidak mencukupi, mungkin sudah tiba masanya kita mencari pendapatan sampingan dengan melakukan kerja sambilan.

Selain daripada menyimpan secara konsisten ke dalam tabung persaraan, kita juga perlu simpan ke dalam tabung kecemasan. Sekiranya keadaan mendesak, kita boleh menggunakan tabungan tersebut. Ada kajian menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai dana kecemasan tidak akan menyentuh duit perbelanjaan keperluan mereka.

 

Untuk hidup dengan selesa, kita perlu ada mindset ‘simpan sebelum belanja’. Dimana kita asingkan sedikit jumlah pendapatan kita untuk simpanan (iaitu tabung kecemasan dan tabung persaraan), sebelum kita gunakan bagi tujuan perbelanjaan.

Jika kita tiada disiplin untuk asingkan dari awal, mungkin kita tidak akan mempunyai apa-apa simpanan. Ada pepatah Melayu menyatakan ‘bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian’.

Oleh: Ashraf Rosli

 

 

 

 

Artikel berkaitan > Inflasi di Korea Selatan cecah paras tertinggi

 

Tonton video DNA Kewangan bersama Don & Ashraf di saluran YouTube Suara Merdeka dengan klik pada pautan berikut;

DNA Kewangan | Don & Ashraf (Risiko-risiko dalam pelaburan #01 Bahagian 1)

DNA Kewangan | Don & Ashraf (Risiko-risiko dalam pelaburan #01 Bahagian 2)

 

(Visited 612 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button