BeritaNasionalNegeriPendidikan

Delegasi Jelajah Ilmu UniMAP rai Hari Malaysia di Bangkok

Delegasi Jelajah Ilmu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Ke-16 kali ini mencatatkan kenangan bermakna apabila meraikan Hari Malaysia di kota Bangkok.

Program ini yang diketuai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP disertai 28 ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah meraikan sambutan ini di Restoran Ibu, milik rakyat Malaysia di Bangkok.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Timbalan Ketua Misi Kedutaan Malaysia di Bangkok, Suzilah Mohd Sidek dan Setiausaha Pertama, Leong Wei Jiea.

Hadir sama Naib Canselor UniMAP, Prof Dr Zaliman Sauli.


Pada majlis ini para pelajar mendeklamasi puisi, nyanyian lagu-lagu patriotik dan juga pertunjukan silat.

Antaranya persembahan Muhamad Asyraf Yaakob dengan puisi bertajuk “Kitalah Warga Merdeka Yang Mengerti”, Ahmad Akif Syakirin Mohd Adnan “Menyambut Merdeka”, Nur Qamarienna Azmi “Erti Kemerdekaan” hasil karya A. Samad Said dan Abdul Khalim Al-Azizi Syahril, “Sumpah Anak Bangsa”.

Tuanku Syed Faizuddin juga berkenan melancarkan Promosi Makanan Perlis iaitu Kurma Daging Perlis dan Pulut Mangga Perlis yang akan menjadi antara menu istimewa di restoran tersebut.

Promosi itu dilaksanakan oleh UniMAP dan pihak restoran dengan kerjasama Yatasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dan BMC Travel Sdn Bhd. – SM

(Visited 35 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button