Politik

Sanusi mohon ampun kepada Sultan Selangor

Pemimpin PAS dan juga Pengarah Pilihan raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Sanusi Md Nor mengutus warkah kepada Sultan Selangor semalam untuk menjelaskan maksud sebenar ucapannya dalam satu ceramah yang telah diputar belit oleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Beliau turut memohon ampun dan berharap Sultan Selangor tidak murka terhadapnya susulan kenyataannya yang didakwa telah memperlekeh Baginda berhubung pemilihan menteri besar.

“Warkah saya itu didahului dengan merafak sembah memohon ampun dan maaf kepada Sultan Selangor seraya berharap tidaklah timbul kemurkaan Baginda Tuanku Sultan bersabit isu sengaja dibangkitkan daripada ucapan itu,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Sanusi bagaimanapun tidak mendedahkan warkahnya dalam kenyataan itu untuk menjaga adab berurusan dengan istana.

“Saya dimaklumkan oleh pegawai Istana Selangor bahawa Sultan Selangor telah memberi perkenan untuk menerima dan membaca warkah saya itu pada hari Jumaat (14 Julai),” ujar Sanusi.

Beliau turut mengesahkan telah memberi keterangan kepada pegawai penyiasat Bukit Aman pada jam 2 pagi semalam untuk membantu siasatan berhubung kontroversi itu.

Sanusi disiasat bagi kesalahan berkait kaum (race), agama (religion) dan raja (royalty) atau 3R, susulan dakwaan beliau menghina Sultan Selangor.

Dalam ucapannya yang tular, pemimpin PAS itu dipaparkan seolah-olah menyentuh tentang perkenan Sultan Selangor berkait pelantikan “menteri besar cokia atau tiada kualiti”.

Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis termasuk Ahli Dewan Diraja Selangor, Emran Kadir yang menyifatkan kenyataan Sanusi menghina institusi beraja di Selangor memandangkan Sultan mempunyai prerogatif dalam pelantikan Menteri Besar. – SM

BACA Saya buka meja lipat, bawa teropong – Sanusi

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button