Ekonomi

Starlink berpotensi tingkat keupayaan teknologi, internet Malaysia

SYARIKAT SpaceX milik Elon Musk yang menyediakan perkhidmatan satelit Starlink berpotensi besar untuk meningkatkan keupayaan teknologi negara khususnya dalam bidang pendidikan, teknologi pertanian dan akses meluas kepada perkhidmatan digital.

Kehadiran Starlink sudah tentu membuka jalan untuk banyak lagi pelaburan Tesla Inc, juga milik Musk di Malaysia rentetan daripada pertemuan di antara Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX itu, semalam .

Dr Sharul Effendy Janudin

Pengarah Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan UPSI, Dr Sharul Effendy Janudin berkata, Starlink dilihat dapat membantu akses internet yang lebih pantas dan lebih luas di Malaysia terutama di kawasan luar bandar.

“Rangkaian internet di luar bandar yang ada sekarang pun ada banyak masalah, terutama di Sabah dan Sarawak.

“Starlink boleh jadi alternatif kepada penyelesaian isu kos langganan internet dengan kawalselia perkhidmatan yang lebih efektif,” katanya kepada SUARA MERDEKA.

Beliau berkata, di kawasan-kawasan pedalaman yang hanya memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah yang minima, rangkaian Starlink mampu meningkatkan lagi rangkaian internet global.

Sementara itu, pelaburan pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka dunia, Telsa Inc dilihat memberi peluang pelaburan menerusi pemindahan teknologi dan perkongsian kepakaran di Malaysia.

Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, pelaburan seumpama itu perlu diberi keutamaan kerana melibatkan teknologi tinggi.

Ia sekali gus dapat  juga akan mewujudkan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi kehendak dan keperluan industri tersebut di negara ini.

Katanya, ini adalah impak yang amat positif kepada ekonomi negara kerana ia bukan sahaja akan menyediakan peluang pekerjaan tetapi akan berlaku perpindahan teknologi.

Katanya, pelaburan Telsa akan dapat menyemarakkan lagi Perusahaan Kecil dan Sederhana tempatan dalam usaha melengkapkan ekosistem teknologi tinggi. – SM

BACA Anwar alu-alukan kedatangan Elon Musk ke Malaysia

BACA Saham Tesla jatuh, kekayaan Elon Musk dipintas Bernard Arnault

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button