EkonomiNasional

Anwar alu-alukan kedatangan Elon Musk ke Malaysia

PERDANA Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini telah mengadakan pertemuan melalui persidangan video dengan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk.

Dalam pertemua dengan Musk yang juga adalah CEO Tesla Inc, turut sertai dalam pertemuan tersebut ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz,dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.’

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz,dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hadir sama dalam pertemuan melalui persidangan video Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk.

“Saya mengalu-alukan minat dan keputusan pelaburan syarikat di Malaysia dan juga kesediaan Elon Musk untuk datang ke Malaysia,” kata Anwar dalam kenyataannya, hari ini.

Perdana Menteri Anwar turut mengucap tahniah dan dokongan Kerajaan atas pembukaan Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman jenama kenderaan elektrik Tesla milik Elon di Selangor pada tahun ini.

“Malaysia akan terus memperkasakan komitmen dalam soal pelepasan karbon sifar bersih atau ‘net-zero emissions’ seawal-awalnya pada tahun 2050.

“Malaysia mempunyai pelan dan ekosistem komprehensif, serta sumber yang berdaya saing dalam menyokong industri tenaga bersih termasuk mobiliti elektrik,” ujar beliau.

Anwar berkata, dalam pertemuan tersebut, mereka turut berbincang berkenaan penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink yang dapat menyumbang kepada capaian internet yang lebih laju dan meluas.

Ini terutamanya di kawasan pedalaman yang hanya memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah yang minima bagi meningkatkan rangkaian internet global, katanya.

“Inisiatif ini akan meningkatkan keupayaan dan kesejahteraan rakyat terutamanya dari aspek pendidikan dan potensi teknologi pertanian serta penjanaan pendapatan,” katanya. – SM

BACA 5 aset pelaburan berpotensi untuk tahun 2023

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button