Ekonomi

Bank Rakyat naik taraf sistem, gangguan transaksi perbankan 9 – 12 Okt.

KETUA Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed mengingatkan semua pelanggan bank agar merancang transaksi perbankan masing-masing ekoran akan berlaku ganggunan perkhidmatan, bermula esok, 9 Oktober sehingga Isnin depan, 12 Oktober.

Beliau berkata, gangguan itu disebabkan oleh penaiktarafan sistem. Bagaimanapun pelanggan tidak perlu bimbang kerana dalam tempoh berlakunya gangguan, pukul 4 petang sehingga 12 tengah hari, Isnin depan, segala maklumat berkaitan dengan simpanan dan rekod pembiayaan para pelanggan di Bank Rakyat tidak akan terjejas.

Ini termasuk transaksi wang yang didepositkan dan disimpan di Bank Rakyat, urusan pembayaran pencen serta potongan gaji bulanan pelanggan, katanya.

“Seluruh warga kerja Bank Rakyat juga komited dalam memastikan sistem baharu ini beroperasi dengan baik semasa pelaksanaan sistem baharu pada 12 Oktober nanti,” kata Rosman dalam kenyataannya, hari ini.

Kata beliau lagi, gangguan bagi semua perkhidmatan perbankan, kecuali Kad Kredit-I, adalah ekoran proses transformasi digital kepada sistem Perbankan Teras (Core Banking, CoBRa) baharu bagi menaik taraf serta mempertingkatkan lagi mutu dan operasi perbankan Bank Rakyat.

Antara jenis perkhidmatan yang tidak boleh digunakan pada tarikh dan waktu yang disebutkan termasuk perkhidmatan kaunter di semua cawangan Bank Rakyat/Ar-Rahnu, perbankan internet (iRakyat), ibizRakyat, Kad Debit-I.

“Semua terminal layan diri Bank Rakyat iaitu Mesin Juruwang Automatik (ATM), Mesin Deposit Tunai (CDM), Mesin Deposit Duit Syiling (CoDM), Mesin Cash-In Cash-Out (CICO) dan Ejen Bank (Rakyat Care) juga tidak boleh digunakan perkhidmatannya pada tarikh dan waktu tersebut,” jelas beliau.

Kata Rosman, semasa tempoh berkenaan, pelanggan masih boleh menggunakan perkhidmatan Kad Kredit-I Bank Rakyat untuk semua transaksi bagi pembelian di kaunter, dalam talian serta melakukan pengeluaran tunai di ATM bank-bank lain yang mempunyai logo Mastercard.  – SM

 

(Visited 456 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button