Luar Negara

Saham Tesla jatuh, kekayaan Elon Musk dipintas Bernard Arnault

Elon Musk yang dikenali sebagai pemilik Twitter bukan lagi individu terkaya di dunia ketika ini.

Ini disumbang kejatuhan mendadak nilai sahamnya dalam syarikat kereta elektrik, Tesla tahun ini.

Kedudukan Musk itu kini diisi Bernard Arnault, Ketua Eksekutif kumpulan barangan LVMH.

Berdasarkan kepada laporan Forbes dan Bloomberg, kekayaan Musk kini bernilai AS$178 bilion.

Manakala Bernard Arnault memiliki lebih AS$188 bilion.

Laporan menyebut, Musk adalah Ketua Eksekutif dan pemegang saham terbesar dalam Tesla, iaitu sebanyak 14 peratus.

Musk selesai dalam urusan pengambilalihan rangkaian sosial Twitter pada Oktober dengan nilai AS$44 bilion.

Forbes berkata, kekayaan Musk susut disebabkan usaha pengambilalihan Twitter terganggu susulan isu perundangan selama beberapa bulan.

Rentang masa akibat proses perundangan sehingga membawa kepada penyelesaian pengambil alihan Twitter, pemerhati melihat, ia mendorong harga saham dalam Tesla menjunam.

Selepas memegang saham dalam Twitter pada awal tahun ini, Musk mula menawarkan untuk membeli rangkaian sosial itu pada April dengan harga AS$44 bilion, di mana ramai melihat ia terlalu tinggi.

Pada Julai, beliau menarik diri daripada tawaran itu, sehingga mencetuskan situasi di mana banyak akaun palsu muncul di platform berkenaan.

Kumpulan Eksekutif Twitter bertindak mengambil tindakan perundangan bagi memastikan Musk tidak melanggar sebaliknya kekal dengan tawarannya sebanyak AS$44 bilion itu.

Musk kemudiannya menjual berbilion-bilion dolar saham dalam Tesla untuk membantu pemilikannya, sekali gus menjadikan saham syarikat kenderaan elektrik itu jatuh.

Tesla turut terjejas disebabkan banyak keretanya dipulangkan semula disebabkan siasatan kerajaan mengenai kemalangan serta ciri pemanduan autonya.

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button