Belang BertempatKesihatan

Tuala wanita catat kenangan manis sejarah KKM

DILANTIK jadi Menteri berpotfolio penuh, perkara yang dibawa ialah pemberian tuala wanita atau pad dalam kalangan kakitangan kementerian dan diedarkan di tandas-tandas.

Wah! Ini satu isu yang amat besar yang melanda golongan wanita di Malaysia terutamanya dalam kalangan penjawat awam yang mungkin tidak mampu untuk membeli tuala wanita setiap bulan apabila datang haid.

Bukanlah pandang rendah atau meremehkan isu berkaitan dengan tuala wanita yang dibawa oleh Menteri Kesihatan tetapi melihat dari satu perspektif, Malaysia hari ini sama taraf dengan kesedaran penggunaan tuala wanita di negara India atau Tamil Nadu!

Mungkin kementerian berkenaan perlu mengadakan program berkaitan dengan cara-cara pemakaian tuala wanita yang betul supaya ia memberi manfaat kepada penjawat awam golongan hawa.

Populasi 32 juta di negara ini yang berhadapan dengan masalah kesihatan lain, Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa memandang amat serius permasalahan kemiskinan haid di negara ini.


Kata Menteri wanita ini,  walaupun isu sulong yang ditampilkannya nampak tidak serius namun ramai wanita yang sebenarnya tidak berkemampuan untuk membeli tuala wanita ketika datang haid.

Agaknya, apakah yang digunakan oleh golongan wanita yang belum putus haid sebagai ganti tuala wanita gara-gara tidak mampu membelinya? Tuala atau kain batik usang yang dilipat-lipat mengikut saiz apabila dipakai? Sekadar satu pertanyaan.

Atau mungkinkan sebagai pengganti atau alternatif tuala wanita, golongan ini menggunakan kain buruk atau kain perca?

Kata Zaliha, memaklumkan inisiatif yang kecil ini sebenarnya boleh memberi impak yang besar dalam menangani isu berkaitan kesihatan menstrual dan sistem reproduktif wanita.

Benar dan apa jadi dengan kadar endamik Covid-19 yang memberi kesan post covid kepada mereka yang terkena Covid? Batuk berpanjangan. Mungkin ibu Menteri, kata orang seberang, boleh usulkan rawatan yang lebih murah kepada golongan yang bekerja sendiri dan tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan atau pun rawatan susulan di klinik-klinik dan hospital-hospital swasta.

Ibu Menteri cuba pergi ke klinik kesihatan KKM dan hospital kerajaan termasuk HKL. Cuba buat lawatan tanpa bawa segerombolan. Tinjau dan tengok bagaimanakah bentuk rawatan yang disediakan oleh petugas kesihatan, doktor dan jururawat kepada pesakit dan pesakit luar.

Kalau diceritakan di sini senario rakyat marhaen yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan klinik KKM rasanya kaum keluarga Menteri Kesihatan sendiri pun pilih untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dan klinik swasta.

Itu sepatutnya menjadi list utama Menteri Dr. Zaliha dan bukannya tuala wanita.

Dulu, Menteri kesihatan tidak pula sibuk dengan isu tuala wanita tetapi memikirkan dan mencari solusi rawatan dan suntikan Covid-19.

Katil-katil di hospital pun tak cukup. Kalau tak percaya, pergi ke unit kecemasan PPUM. Pesakit yang ‘dah nak mati’ diletakkan atas stretcher tepi dinding dengan doktor wanita sibuk kononnya, kasar bahasa kerana letih ramai sangat pesakit dan memeriksa pesakit dengan beg tangan diselempang di bahu/dada.

Kalau isu katil hospital yang menjadi list nombor satu sejurus dilantik sebagai Menteri Kesihatan, memori itu akan menjadi manis dan bukannya … adoi! Tuala wanita! – SM

(Visited 315 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button