KesihatanNasionalPenyakit

Terengganu catat peningkatan kes denggi

Terengganu merekodkan peningkatan kes denggi sebanyak empat kali ganda dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) Datuk Dr Kasemani Embong berkata sebanyak 85 kes denggi dilaporkan di seluruh negeri bermula Januari hingga 18 jun tahun ini, berbanding 21 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata peningkatan tersebut disebabkan pembukaan semula semua sektor dan aktiviti selepas berakhirnya tempoh pandemik COVID-19

“Kuala Terengganu merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 54 diikuti Kuala Nerus (8 kes), Marang (5 kes), Kemaman (4 kes), Besut (3 Kes) dan Setiu (2 kes)

“Bagaimanapun tiada kes kematian dicatatkan akibat demam denggi. Hanya dua episod wabak denggi dikesan berlaku di Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu dan ia masih terkawal,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Denggi ASEAN dan Gotong Royong Mega 1.0 Peringkat JKNT mengikut Norma Baharu di Kampung Gong Tok Nasek.


Menurutnya lagi, pihaknya juga telah menjalankan pemeriksaan di 80,845 premis seluruh negeri bagi tujuan penguatkuasaan bermula Januari hingga 18 Jun lepas.

“Kita juga telah mengeluarkan sebanyak 352 kompaun berjumlah RM50,800 kepada pemilik premis yang didapati melakukan kesalahan.

“Sebahagian besar premis tersebut adalah rumah kediaman. Jadi kita harap supaya semua pihal bersama-sama menjaha kebersihan Kawasan persekitaran bagi mengelak pembiakan nyamuk Aedes.” Katanya.

Terengganu juga telah menubuhkan 235 Jawatankuasa Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) bagi menggerakkan pelaksanaan aktiviti pencegahan denggi.

(Visited 16 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button