Belang Bertempat

Najib Razak mulakan strategi baharu kes SRC International

SELURUH dunia sudah mengetahui bahawa Datuk Seri Najib Razak telah menukar barisan Peguam yang baharu untuk kes rayuan SRC di Mahkamah Persekutuan.

Barisan Peguam baharu ini akan membuat permohonan untuk menangguhkan kes SRC untuk memberi mereka lebih masa untuk bersedia menghadapi kes tersebut.

Barisan Peguam Najib kata, sekiranya Mahkamah tidak menangguhkan kes ini, mereka akan menarik diri daripada mewakili Najib Razak.

Adalah agak adil untuk Barisan Peguam Najib meminta menangguhkan kes ini tetapi agak membingungkan kenapa Barisan Peguam Najib mengambil kes tersebut pada saat-saat akhir kerana adalah amat sukar untuk mana-mana Barisan Peguambela menyediakan pembelaan untuk klien terutama untuk kes seperti SRC yang rumit ini.

Adalah agak membingungkan juga apabila Najib masih lagi mengunakan khidmat Peguambela Pasukan dari Tan Sri Shafee Abdullah untuk Kes 1MDB.

Oleh yang demikian, perkembangan terbaru kes Najib ini membawa persepsi seperti berikut:

1. Pertama, kenapa pasukan Guaman ini berani mengambil kes Najib Razak pada saat-saat akhir ? Adakah kerana bayarannya mahal, sehinggakan tidak terdaya untuk menolaknya ?

2. Kedua, adakah barisan peguam baru Najib merasakan, dengan mengambil alih kes ini pada saat-saat akhir pasti pihak mahkamah akan meluluskan permohonan untuk menangguhkan kes tersebut.

3. Ketiga, adakah Najib memikirkan strategi baru iaitu cuba membina persepsi pandangan rakyat bahawa sekiranya pihak mahkamah menolak permohonan untuk menangguh kes ini, terutama ketika Najib baru sahaja mendapatkan barisan peguam pembelaan yang baru, memberi persepsi Najib Razak tidak mendapat *_A Fair Trial_* (tidak mendapat pembicaraan yang adil).

Adakah Najib cuba memainkan *_A Victim Card_* (kad mangsa).

4. Keempat, adakah Najib ingin menggunakan strategi undang-undang ini, sekiranya didapati bersalah oleh 4 Hakim Mahkamah Persekutuan.

Dengan mengubahkan strategi memainkan persepsi ini dan mencari simpati rakyat ?

5. Kelima dan terakhir, adakah Najib Razak sudah hilang keyakinan terhadap kes ini, setelah melihat apa yang berlaku di Amerika Syarikat.

Dimana bekas Pegawai Bank Goldman Sachs, Roger Ng didapati bersalah oleh Mahkamah di Amerika Syarikat didalam skandal kes 1MDB, walaupun diwakili oleh barisan peguam yang terbaik di Amerika. – Penulis adalah Ahli Parlimen Sepang -SM

 

(Visited 1,524 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button