Belang Bertempat

Hoi, hoi ya hoi, sindiran yang tidak menghiburkan

SIAPA berani cuba tulis frasa ini “Hoi, hoi ya hoi” di media sosial. Pasti anda akan diserangkan akaun palsu bertubi-tubi.

Frasa ayat itu sebahagian lagu Ali Baba Bujang Lapok, ketika 40 penyamun berarak mereka menyanyikannya.

Jika sebelum ini ia menjadi bahan jenaka oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika kempen pilihan raya, kini jenaka itu sudah tidak lucu kerana golongan hoi ya hoi atau kleptokrat itu berada di dalam kabinet beliau.

Demi jawatan Perdana Menteri, Anwar sanggup merangkul golongan hoi ya hoi ini.

Pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri menjadi situasi semakin buruk, kerana presiden UMNO itu kini berdepan 47 pertuduhan kes rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.

Masyarakat sedang memerhati tingkah laku Anwar apakah beliau akan membebaskan bapa kleptokrat yang kini meringkuk di dalam penjara, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kini Zahid dan Anwar rancak menggunakan tentera siber bertopeng akaun palsu untuk menyerang siapa yang menentang pakatan membentuk kerajaan hoi ya hoi ini.

Percayalah mereka boleh mengupah seberapa ramai pendedak, tetapi untuk berdepan dengan gerakan rakyat, ia adalah kerja sia-sia.

Rakyat berhak untuk mendapat kerajaan yang telus, bebas rasuah dan tata kelola yang baik.

Ada yang meramalkan kerajaan hoi ya hoi ini hanya mampu bertahan dua bulan sahaja, tapi saya meramalkan ia bertahan maksimum dua tahun atau 24 bulan iaitu lebih baik dari kerajaan pakatan harapan yang bertahan hanya 22 bulan.

Mengapa saya katakan dua tahun? Mudah sahaja. DAP bersetuju tidak akan mengganggu kerajaan perpaduan songsang ini selama dua tahun.

Tempoh itu pasti menduga kesabaran mereka dan apabila mereka mula buka mulut kerajaan ini akan tumbang.

Tenang sambil nyanyi hoi hoi ya hoi siapa sokong penyamun…sila sambung Anwar dan para penyokongnya.

 

 

(Visited 1,240 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button