NasionalpilihanTeknologi

CyberSecurity Malaysia dedah terima lebih 10,000 kes insiden keselamatan siber!

CyberSecurity Malaysia (CSM) mendedahkan sebanyak 10,790 insiden keselamatan siber dilaporkan oleh pengguna Internet pada tahun 2020.

Pada tahun 2021, jumlahnya menurun sedikit kepada 10,016, dengan kes yang berjaya diselesaikan melebihi 90 peratus daripada jumlah insiden yang dilaporkan.

Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Datuk Ts. Dr. Amirudin Abdul Wahab, berkata untuk Januari hingga Mei 2022 pula, CSM hanya menerima sekitar 3,057 laporan sahaja.

“Walau pun jumlah insiden yang dilaporkan mengalami penurunan, ia bukan bermakna ruang siber negara telah selamat serta bebas daripada ancaman siber.

“Umumnya, ancaman dan serangan siber berlaku setiap hari, dengan insiden penggodaman dan kebocoran data, bukan lagi satu ancaman baharu dalam dunia siber,” katanya.


Amirudin berkata serangan siber masih berlaku dengan pelbagai modus operandi terkini, selari dengan perubahan teknologi semasa.

Bagi baki kes yang tidak dapat diselesaikan, beliau berkata ia sebahagian besarnya berpunca daripada kurangnya maklumat yang diberikan oleh pelapor, sekali gus menjejaskan analisis pihak CSM.

“Walau pun ancaman dan serangan siber sering berlaku, pengguna Internet dan masyarakat umum tidak perlu panik dan bimbang.

“Yang penting, mereka harus sentiasa bersiap-siaga, melengkapkan diri dengan ilmu keselamatan siber, cakna, ambil tahu serta sentiasa berwaspada dengan ancaman dan serangan siber,” katanya. – SM

 

(Visited 105 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button