Nasional

Permudah urusan elaun kepada barisan hadapan dan belakang – Zahid

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap kerajaan mempermudahkan urusan bagi membayar mereka yang bertugas dalam membendung wabak COVID-19.

“Saya memahami terdapat aduan/rintihan dari kakitangan barisan hadapan yang sukar untuk mendapatkan elaun yang telah diumumkan kerajaan. Saya harap Kerajaan/KKM melalui ketua-ketua jabatan perlu permudahkan urusan tersebut.

“Prosedur untuk pekerja buat tuntutan elaun adalah sebagai garis panduan saja. Jangan terlalu ketat dengan birokrasi. Perlu lebih terarah kepada “adaptive culture”. Prosedur biasa tidak sama seperti keadaan kecemasan,” kata Zahid.

Presiden UMNO itu berkata, pemberian elaun kepada semua yang terlibat harus dibuat tanpa mengira kiraan jam bekerja.

“Tidak wujud unsur ketidakadilan kerana semua pekerja barisan hadapan dan belakang terdedah kepada bahaya. Risiko kepada semua adalah sama, iaitu nyawa,” katanya.

“Cadangan saya, cukup saja dengan lampiran maklumat peribadi seperti nama, no kad pengenalan/no staf. Tidak perlu terlalu terperinci seperti tempoh jam bekerja dan lain-lain,” katanya.

Barisan hadapan, barisan belakang katanya, masing-masing mempertahankan negara dengan nyawa mereka, dengan meninggalkan waktu bersama keluarga mereka.

Kata beliau, tiada keefisienan barisan hadapan tanpa keefisienan barisan belakang yang turut menjadi penyambung kepada rantaian tugas mulia tersebut. Jadi, permudah dan bantulah juga urusan mereka. Di pihak UMNO, kita sentiasa cakna dengan keadaan rakyat setiap masa.

“Saya juga terfikir bagaimana nasib segelintir lagi golongan yang Kerajaan/KKM terlepas pandang. Iaitu kakitangan pembersihan dan petugas yang menyelenggara sistem hospital seperti juruteknik yang membersih sistem pendingin hawa. Jika virus tersebar melalui pendingin hawa, mereka adalah antara yang berisiko.

“Saya akan berbincang dengan YB Menteri Kesihatan terutama Barisan Menteri Kabinet UMNO agar nasib ‘frontliners’ terbela di mana sahaja mereka berada,” kata Zahid. – SM

(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button