Belang Bertempat

Sama dramatikkah `lompat parti’ Julai 2020 dan 16 September 2008?


ALLAH tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Malah sehelai daun yang gugur ke atas muka bumi adalah dalam pengetahuan dan perkiraan-Nya maka manusia tidak perlulah sombong kerana keangkuhan itu akan lenyap apabila tiba masa ia lemah.

Kadang-kadang kita berasa benci suatu perkara itu berlaku ke atas diri kita kerana dalam perkiraan kita, ia amat teruk lagi menyedihkan. Sedangkan terdapat banyak hikmah yang tidak diketahui.

Ya, semua perkara yang terjadi ke atas makhluk di alam semesta ini bukanlah secara kebetulan. Atau berlaku dengan sendirinya. Ia suatu yang telah dirancang dengan teliti dari semua segi, semua ukuran, semua sudut dan semua keadaan oleh Allah SWT.

Belang masih terkenang lagi semasa Barisan Nasional (BN) buat pertama kali hilang majoriti dua pertiga dalam sejarah pilihan raya umum moden, PRU 8 Mac 2008 (BN menang 140 kerusi Parlimen vs Pakatan Rakyat, 82), dengan pembangkang mula mengadu-domba dengan sasarannya untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokrasi.
Kaum India Port Dickson sokong Anwar | Politik | Berita Harian

Ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertindak sebagai ketua pembangkang mula bercakap tentang kerajaan dalam penantian (government-in-waiting). Beliau berulang kali mengisytiharkan pakatan pembangkang waktu itu telah mempunyai cukup ahli parlimen BN, kira-kira 30 orang yang akan `lompat’ untuk menubuhkan kerajaan persekutuan – pada masa yang dianggap sesuai sebelum 16 September (2008) atau hari penubuhan Malaysia.

Malah, pemimpin PKR Sabah, Dr Jeffrey Kitingan ketika itu mendedahkan bilangan ahli parlimen yang akan melompat itu datang daripada tiga kumpulan iaitu Sabah, Semenanjung dan Sarawak. Jumlah setiap kumpulan itu lebih kurang sama.

Jeffrey Kitingan: Tighten movement of people into Sabah's interior ...

Menurutnya, kumpulan pertama dari Sabah akan lompat pada akhir Mei atau awal Jun 2008, diikuti oleh kumpulan dari Semenanjung dan akhirnya kumpulan ketiga dari Sarawak.

Agaknya inilah senario lebih kurang cakap-cakap usul tidak percaya yang konon akan membawa kepada pengambilalihan kuasa Pakatan Harapan (PH) ke atas Perikatan Nasional (PN) andai memasuki sidang Dewan Rakyat, 13 Julai depan.

Jika ia hanya “ bluffing strategy ” yang digunakan PH untuk mengelirukan musuh politik, maka ia lumrah sebagai perang saraf yang tidak asing lagi dalam percaturan politik negara kita.

Ya, ada ketikanya kita rakyat Malaysia barangkali rindu akan tertibnya pemimpin-pemimpin parti Perikatan atau BN ketika menerima atau menduduki kerusi Perdana Menteri seperti mana:

  • Tunku Abdul Rahman melepasi piawaian menyandang jawatan Perdana Menteri selepas mengetuai kemenangan Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) dalam pilihan raya umum pertama 1955. Menduduki kerusi itu apabila menang jawatan Presiden UMNO, diikuti Malaya mencapai kemerdekaan.
  • Tun Abdul Razak yang juga Timbalan Perdana Menteri di era Tunku tidak akan menjadi Perdana Menteri jika Tunku tidak berundur.
  • Tun Dr. Ismail dipilih oleh Tun Abdul Razak menjadi timbalannya. Walaupun pernah menentang Abdul Razak dalam persaingan jawatan Timbalan Presiden, Perdana Menteri kedua itu tidak pernah berdendam.
    Bagaimanapun takdir menjemput Dr. Ismail kembali ke rahmatullah.
  • Di luar dugaan ahli-ahli UMNO, Abdul Razak memilih Tun Hussein Onn menjadi timbalannya menggantikan Dr. Ismail. Lantaran kembalinya ke rahmatullah Abdul Razak, maka Hussein menjadi Perdana Menteri.
  • Dr. Mahathir menjadi timbalan Hussein meskipun beliau dari segi ranking tiga Naib Presiden UMNO berada di kedudukan nombor tiga. Di era Dr. Mahathir, timbalan beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim umpama `anak emas’ dan hanya sebelah kaki melangkah ke Seri Perdana. Namun, nasib tidak menyebelahinya kerana dihambat dengan isu moral dan akhirnya ke penjara.
  • Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri kelima atas pilihan Dr. Mahathir. Harapan rakyat terhadap kepimpinan Abdullah begitu tinggi sehingga pencapaian BN dalam pilihan raya umum ke-11 pada 2004 antara paling cemerlang sejak merdeka. Namun prestasi itu tidak berjaya diulangi dalam PRU 2008.
  • Datuk Seri Najib Tun Razak kemundian `diangkat’ oleh Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri berikutan peletakan jawatan Abdullah akibat prestasi menurun BN.

PUISI KU CARI DAMAI ABADI NUKILAN TUN DATO' SERI HAJI ABDULLAH ...

Selepas BN tumbang 9 Mei 2018, Dr. Mahathir muncul kali kedua menyandang jawatan Perdana Menteri ketujuh keesokannya 10 Mei setelah mengetuai PH menumbangkan BN. Namun, Pengerusi Parti BERSATU itu tidak semena-mena meletak jawatan 24 Februari 2020.

Jawatan Perdana Menteri kelapan kemudian diambil alih Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengangkat sumpah jawatan 1 Mac lalu.

 

Apa pun perlu diingatkan bahawa pemilihan Perdana Menteri dari kalangan orang Melayu lebih merupakan satu tradisi politik. Jawatan nombor satu itu bukanlah ketetapan peruntukan undang-undang. Ini kerana Artikel 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menyatakan bangsa, agama atau keturunan sebagai suatu ketetapan kepada pemimpin politik untuk dilantik sebagai PM atau Timbalan Perdana Menteri.

Sejak 1955 hanya bangsa Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri boleh diperdebatkan tetapi memandangkan bangsa Melayu merangkumi lebih daripada 61 peratus penduduk negara ini, perkara itu tidak dipersoalkan.

Namun orang Melayu sendiri jangan ambil mudah anggap jawatan Perdana Menteri hak mutlak orang Melayu selamanya. Apa pun kita rakyat Malaysia menantikan penuh debar drama 13 Julai depan. – SM

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!
Close
Close