Nasional

Pengangkutan awam darat, udara dan e-hailing dibenar beroperasi penuh

SEMUA pengangkutan awam darat dan udara dibenar beroperasi untuk penuh tanpa had masa dan kapasiti penumpang juga mengikut kapasiti kenderaan.

Perkhidmatan yang dibenarkan adalah perkhidmatan e-hailing, teksi, bas ekspres, bas awam, feri, keretapi, keretapi aliran ringan dan kapal terbang.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu diambil selepas Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini membentangkan kepada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP berkenaan SOP Pengangkutan Awam.

Menurut Ismail Sabri bagi perkhidmatan bas ekspres pengusaha perlu mendaftar penumpangpenumpang mereka melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual.

“Penumpang termasuk pemandu bas ekspres perlu memakai topeng muka pada setiap masa. Pengusaha bas perlulah memeriksa suhu badan penumpang sebelum menaiki bas dan menyediakan topeng muka kepada mereka yang tiada serta mensanitasi bas selepas setiap perjalanan,” kata Ismail Sabri dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut beliau, bagi yang perkhidmatan yang membenarkan penumpang untuk berdiri mereka perlu  pengamalkan kawalan kendiri penjarakan sosial.

Prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan perlu dipatuhi pada setiap masa termasuk memakai topeng muka, memuat turun aplikasi MySejahtera dan penggunaan hand sanitiser.

Mesyuarat Khas juga bersetuju untuk membenarkan kenderaan persendirian membawa penumpang yang bukan dari keluarga yang sama dan mengikut kapasiti kenderaan. Mereka juga perlu memakai topeng muka di dalam kenderaan.-SM

(Visited 113 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button