Nasional

27 kapal bawa PATI cuba masuk perairan negara sejak 1 Mei lalu

SEJAK 1 Mei lalu sehingga semalam sebanyak 24 buah kapal membawa pendatang tanpa izin (PATI) cuba memasuki perairan negara secara haram.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agensi penguatkuasaan negara berjaya berjaya kapal-kapa yang membawa 164 PATI dan 6 tekong.

Menurut beliau dalam tempoh itu 704 PATI dan 125 tekong telah ditahan kerana mencuba memasuki sempadan negara secara haram terutama lorong-lorong tikus. Turut ditahan 12 individu yang disyaki penyeludup serta 14 buah kapal.

“Kerajaan Malaysia sentiasa memantau dan meningkat kawalan kawasan sempadan negara terutama lorong-lorong tikus.

Jelas beliau,  Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu menerusi Operasi Benteng. Operasi itu bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak Covid-19.

Jelas beliau Polis Diraja Malaysia juga membuat 49 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 40,969 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram.

“Agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya lorong-lorong tikus,” kata Ismail Sabri.-SM

(Visited 73 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button