KemalanganNasionalNegeri

Tiga kritikal kereta rempuh gerai nasi lemak

MALANG tidak berbau. Tiga mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas di Jalan Hospital, Taman Suria, Jitra, Kedah.

Ketua Polis Kubang Pasu, Rodzi Abu Hassan berkata, kemalangan pada pukul 8.25 pagi tadi membabitkan tiga kereta dan enam motosikal dengan kebanyakan pemandu dan penunggangnya sedang membeli nasi lemak di sebuah gerai.

Katanya, siasatan awal polis mendapati kereta jenis Proton Satria yang dipandu lelaki berusia 20 tahun itu dipercayai terbabas dan melanggar kenderaan yang parkir di tepi jalan sebelum merempuh pelanggan yang sedang beratur di gerai nasi lemak berkenaan.

“Sembilan mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini dan tiga daripadanya termasuk pasangan suami isteri yang menjual nasi lemak di gerai itu cedera parah dan kritikal.

“Tiga mangsa yang kritikal itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk rawatan lanjut manakala mangsa lain dihantar ke Hospital Jitra (HJ),” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, hasil siasatan turut mendapati pemandu Proton Satria yang berasal dari Jitra itu tidak memiliki lesen memandu selain cukai jalan dan insurans kereta tamat tempoh.

Katanya lagi, siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti punca kemalangan. – SM

(Visited 280 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button