Alam SekitarBencana alam

Lima rumah penduduk terjejas akibat tanah runtuh di Simpang Pulai

SIMPANG PULAI 17 Nov.  – Beberapa penduduk Orang Asli di Kampung Kerawat di sini diarahkan berpindah sementara ekoran kejadian tanah runtuh malam tadi.

Sekurang-kurangnya lima rumah penduduk mengalami kerosakan akibat kejadian itu.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 10.05 malam.

Menurut kenyataan itu, penduduk dinasihatkan untuk berpindah ke kawasan selamat sehingga keadaan pulih.

“Kita telah menghantar sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai bagi memantau dan operasi menyelamat.

“Runtuhan tanah yang berlaku pada sebelah petang telah menyebabkan sebahagian rumah penduduk tertimbus,” ujar kenyataan tersebut.

Pihak Jabatan Kerja Raya telah dimaklumkan bagi tindakan lanjut manakala anggota bomba dan pasukan penyelamat lain masih berada di lokasi bagi pemantauan.

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button