fbpx
Nasional

Spritzer sediakan air mineral percuma untuk semua barisan hadapan

BAGI menghargai usaha dan tanda penghargaan kepada semua pahlawan barisan hadapan, Spritzer mengumumkan untuk membekal air mineral secara percuma para petugas barisan hadapan ketika mereka bertugas.

Spritzer dalam kenyataannya berkata, bekalan air mineral telah pun dihantar ke beberapa buah hospital dan balai-balai polis di seluruh negara.

Ia akan menyambung penghantaran bekalan iar mineral tersebut ke seluruh liputan lokasi yang terbabit di dalam memerangi pandemik ini.

“Kami amat berterima kasih dan menghargai semua usaha yang diberikan oleh pasukan keselamatan, petugas kesihatan, rakan-rakann media, para penguatkuasa dan lain-lain yang tidak putus-putus bekerja tanpa henti bagi memerangi COVID-19 ini.

“Tiada kata-kata yang boleh menghargai segala jasa anda semua. Sumbangan kecil kami ini tidak mampu untuk membalas segala usaha dan pengorbanan besar kepada negara,” demikian kenyataan yang dikeluarkan Spritzer.


BERITA BERKAITAN:

Spritzer menambah, sejak Januari lalu pihaknya telah menyumbang kepada barisan hadapan di China ketika negara tersebut memerangi COVID-19.

Manakala Februari lalu, Spritzer telah menyumbang kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan membekal air minuman untuk pasukan tersebut. -SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button