Ekonomi

Ringgit diniagakan lemah pada sesi pembukaan pagi ini

Momentum meningkat di Bursa Malaysia dijangka berterusan hingga ke minggu ini dengan indeks utamanya menuju antara 1,800 mata ke 1,600 mata. Ia berikutan pelabur mula memasuki pasaran selepas bercuti panjang. Bagaimanapun perlaksanaan PKP3.0 di seluruh negara dan pengukuhan harga komoditi seperti harga minyak sawit mentah akan mempengaruhi sentiment dalam pasaran selain faktor pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Suku Pertama 2021oleh Bank Negara baru-baru ini.

 

Pada jam 9 pagi indeks utama Bursa Malaysia menokok 0.34 mata kepada 1,582.86. Sementara itu pasaran utama Asia diniagakan lemah pada sesi dagangan awal hari ini.

 

Walau bagaimanapun Ringgit dijangka dinagakan rendah berbanding Dolar AS minggu ini antara paras 4.10 dan 4.15 sejajar dengan kebimbangan dengan kadar inflasi dan data indeks harga pengguna Amerika Syarikat. Keadaan itu boleh merangsang lonjakkan harga bon Amerika Syarikat dan secara tidak langsung meningkatkan nilai Dolar AS sekali gus akan menyebabkan Ringgit dijangka diniagakan rendah pada minggu ini walau pun cuti panjang akan mengekang jumlah dagangan.

 

Selain itu, faktor lain yang menyumbang kepada kelemahan Ringgit adalah kerana mata wang tempatan terus bergelut di tengah-tengah kebimbangan mengenai jumlah kematian Covid-19, sekatan pergerakkan dan program vaksinasi yang sedang berjalan, yang semuanya muncul sebagai ancaman jangka pendek kepada ekonomi tempatan.

 

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.1340 / 1370 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu lalu pada 4.1230 / 1280.

 

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

 

Ringgit meningkat berbanding Dolar Singapura kepada 3.0969 / 1003 daripada 3.1023 / 1073 Rabu lalu, meningkat berbanding Pound Britain kepada 5.8223 / 8282 daripada 5.8279 / 8353 dan mengukuh berbanding Yen kepada 3.7771 / 7808 daripada 3.7909 / 7966.

 

Walau bagaimanapun, ia jatuh berbanding Euro kepada 5.0154 / 0194 daripada 5.0028 / 0102 sebelumnya.

 

Pasaran pertukaran mata wang asing tempatan kembali beroperasi hari ini selepas perayaan Aidilfitri pada hari Khamis dan Jumaat yang lalu. – SM

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button