Nasional

Tiada laporan polis diterima, kata Ketua Polis Perak

Dr. Mahathir dakwa pengundi disogok RM150 undi calon BN di PRK DUN Slim

POLIS tidak menerima sebarang aduan yang mendakwa pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Perak, Sabtu lalu disogok dengan wang sebagaimana dakwaan yang dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketua Polis Negeri, Datuk Razarudin Husain berkata, sekiranya pihaknya ada menerima laporan, mereka akan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membuat siasatan.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung pengundi dirasuah, boleh datang ke balai polis untuk membuat laporan.

“Setakat ini, kami tidak menerima sebarang laporan mengatakan pengundi di PRK Slim, disogok,” katanya.

Beliau menambah, pihak polis hanya menerima laporan berkaitan dengan kesalahan pilihan raya.


Dr. Mahathir Mohamad

Semalam, Dr. Mahathir yang juga merupakan pengerusi parti yang baharu ditubuhkannya, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) seperti dilaporkan BERNAMA mendakwa, berlaku kejadian pengundi di PRK DUN Slim yang menerima sogokan sehingga RM150 seorang sekiranya mereka mengundi calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di situ.

Polis bagaimanapun sehingga hari ini, tidak menerima sebarang aduan atau laporan berhubung dakwaan Dr. Mahathir. – SM

(Visited 44 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button