fbpx
MahkamahNasional

Tak hadir 7 bulan, guru disaman murid

JANGAN ingat pelajar sudah tinggalkan sekolah, guru boleh terlepas daripada terkena tindakan saman.

Itulah yang terjadi pada seorang guru Bahasa Inggeris, Jainal Jamran di yang berhadapan saman daripada bekas muridnya.

Guru terbabit berhadapan saman apabila tidak masuk ke kelas Nafirah Siman yang menduduki Tingkatan 4 ketika itu untuk mengajar Bahasa Inggeris selama tujuh bulan pada 2015.

Justeru, hal tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati  Nafirah yang kini berusia 20 tahun terhadap guru lelaki berkenaan.

Susulan itu, Nafirah bertindak menfailkan saman pada Oktober 2018, namun perbicaraan kes tersebut sepatutnya pada Mei lalu ditunda akibat pelaksanaan Perintak Kawalan Pergerakan (PKP).


Nafirah tidak sahaja menamakan guru terbabit sebagai defendan, sebaliknya turut  menamakan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi di Kota Belud, Sabah.

Bekas pelajar tersebut turut menamakan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Kementerian Pendidikan dan kerajaan sebagai defendan.

Dalam penfailan kepada Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu itu, Nafirah berjaya memohon mendapatkan keterangan lebih lanjut.

Ini kerana memetik laporan Malaysiakini, apa yang diterima mereka tidak diserahkan oleh defendan secara sukarela.

Pada Disember 2018, defendan dalam satu kenyataan menafikan dakwaan Nafirah yang berkata Jainal tidak hadir ke kelasnya.

Dalam masa sama, representasi Nafirah turut memaklumkan kes melibatkan guru tidak bertanggungjawab terus meningkat di Kota Belud.

Ini termasuklah kes seorang guru sekolah rendah di Kota Belud yang dipenjarakan selama 11 tahun dan dua sebatan akibat mencabul dua murid berusia lapan dan 15 tahun.

Dalam kenyataan sama, Nafirah turut memetik laporan Pengarah Pendidikan Sabah yang mendakwa terdapat lapan kes guru besar di Sekolah di Sabah tidak hadir. – SM

(Visited 4 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button