NasionalNegeri

Qatar pandang tinggi Malaysia sebagai negara Islam membangun

QATAR dan rakyatnya begitu memandang tinggi kepada Malaysia sehingga dijadikan sebagai contoh sebuah negara Islam yang membangun dalam merangka pembangunan dan ekonominya.

Rakyat Malaysia menjadi antara pilihan utama untuk diambil bekerja di Qatar berbanding negara-negara lain kerana mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi terutamanya dalam bidang minyak dan gas, penerbangan, perubatan, pendidikan, kejuruteraan awam, perundangan, hospitaliti, perbankan, perkhidmatan, kewangan dan pengurusan tertinggi.

Persepsi positif Qatar ke atas Malaysia ini telah meningkatkan jumlah warga Malaysia yang bermastautin di Qatar dengan mendadak, daripada 300 orang kepada hampir 5,000 orang dalam masa kurang daripada dua dekad.

Demikian dimaklumkan oleh Duta Besar Malaysia ke Qatar, Zamshari Shaharan ketika mengucapkan selamat berangkat pulang kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha, Qatar pada awal pagi tadi.

Baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat ke Doha bagi menghadiri temasya bola sepak FIFA Piala Dunia 2022.

Ketika di Qatar juga, Tuanku Syed Faizuddin turut mengiringi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan berangkat melawat fasiliti ladang Baladna Food Industries yang diharap akan melabur dalam industri tenusu di Perlis. – SM

(Visited 392 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button