Hiburan

” Kalau tiada response jangan nanti play victim minta simpati”- Aishah

Penyanyi terkenal Datuk Wan Aishah masih menungu tuntutan hadiah dari pihak penaja yang dijanjikan sebidang tanah lot banglo.

Aishah telah memuat naik satu hantaran status di media sosial, meluahkan rasa kesal terhadap defendant kerana tiada penyelesaian yang baik setelah 5 tahun turun naik mahkamah.

“Ingatkan hampir 5 tahun menunggu perkara ini dapat diselesaikan dengan baik, settlement di mana termanya dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

“Dan persetujuan yg telah endorse oleh mahkamah,di mana sekiranya ada pembayaran settlement tersebut tidak dibuat maka jumlahnya akan secara automatic menjadi jumlah 300k berdasarkan tuntutan asal kami semasa bicara,”. Katanya

Jelasnya lagi sepatutnya Aishah menerima bayaran dari pihak defendend- 3 pada 20 Oktober dan dilanjutkan sehingga 3 November namun sehingga ke hari ini dia tidak menerima apa-apa bayaran.


Lantas kerana merasa kesal, penyanyi tersebut mengambil tindakan untuk memuat naik gambar defendent melalui ruangan Intagram @aishahjmm dan Aishah juga turut memberitahu salah seorang defendant yang bernama En.Amir merupakan seorang muflis.

(Kreadit Facebook Wan Aishah Wan Ariffin)

Untuk maklumat semasa kes perbicaraan dalam mahkamah sedang berlangsung pihak Hakim turut menyalahkan pihak penguam defendant tersebut kerana kecuaian mengambil kes ini tanpa menyemak data peribadi En. Amir.

” Yang tinggal kini cuma dua partners @putikwaninda salah seorangnya dan seorang lagi ialah anak kepada En.Amir.

“Kita dah setuju selesaikan perkara ini,sekarang ingkar .I bagi sedikit masa utk you contact your lawyer and mine.Kalau tiada response jangan nanti play victim minta simpati.I give you sampai Monday ok.Jangan nak buat bodoh dan ignore,it is not going to go away.

Dia juga menegaskan untuk menyelesaikan perkara ini sebelum tindakan lebih tegas terpaksa dilakukan.

(Visited 639 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button