fbpx
Hiburan

Dapat jam jenama Rolex, Siti Sarah kena belajar pakai jam

PENYANYI popular Siti Sarah tidak menyangka menerima seutas jam tangan mewah berjenama Rolex sebagai hadiah sempena ulang tahun kelahirannya ke-36.

Hadiah jam tangan itu diberikan oleh suaminya yang juga seorang pelawak, Shuib dalam satu majlis sambutan hari jadi yang dirancang khusus buat isterinya.

Menurut Siti Sarah, dia mengakui terpaksa belajar untuk memakai jam tangan kerana dia jarang memakai perhiasan di pergelangan tangan.

“Saya sebenarnya tidak begitu gemar pakai aksesori di bahagian tangan dan tidak sangka pula suami akan beri hadiah jam tangan.

“Tetapi saya kena belajarlah pakai jam tangan apatah lagi hadiah yang diberikan ini adalah antara hadiah yang paling mahal pernah saya terima,” katanya.


Sementara itu, Shuib berkata, dia memang berniat untuk menjadikan jam tangan sebagai hadiah istimewa buat isterinya.

“Saya memang tahu yang dia tidak berapa gemar untuk memakai aksesori seperti gelang tangan dan sebagainya.

“Gelang emas itu pun saya yang ajar dia pakai dan sekarang, saya mahu dia pakai jam tangan supaya dia boleh aturkan masa dengan baik,” katanya.

Shuib berkata, hadiah mewah itu juga adalah sebagai tanda penghargaan kepada isterinya di atas kecemerlangan suri hidupnya itu dalam dunia perniagaan.

Bagaimanapun, pelawak dan penyampai radio popular itu tidak mendedahkan harga sebenar jam tangan tersebut. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button