fbpx
Sukan

Bintang glamor AS, Alex Morgan sertai Tottenham

BINTANG bola sepak Amerika Syarikat (AS), Alex Morgan telah menyertai skuad Wanita Tottenham Hotspur secara pinjaman, dan dijangka dapat membantu memeriahkan lagi sambutan terhadap Liga Super Wanita England.

Pemain berusia 31 tahun itu amat dihormati di tanah airnya kerana dia merupakan penjaring gol yang membantu pasukan negaranya menjulang Piala Dunia Wanita dalam dua edisi terakhir kejuaraan tersebut.

Selain itu, wanita kelahiran California tersebut yang memiliki gelaran manja ‘Baby Horse’, bukan sahaja handal di dalam padang, tetapi dia turut menjadi penghias muka depan majalah Sports Illustrated tidak kurang daripada tiga kali.

Morgan bukan sekadar memiliki wajah yang jelita, tetapi dia juga berjaya memecah sempadan dalam permainan bola sepak wanita.

Dia merupakan pemain wanita pertama yang muncul pada muka depan siri permainan video FIFA.
Dianugerahkan dengan rupa paras yang baik, Morgan sedar tentang nilai komersial dirinya.

Dia tidak takut untuk memanfaatkan sepenuhnya wajah jelita yang dimilikinya, apabila pernah membuat penampilan pada Minggu Fesyen New York.

Morgan yang juga merupakan bintang muka depan majalah, pernah membuat pengakuan bahawa dia berharap akan ada lelaki yang menonton televisyen menyaksikannya bermain di dalam padang.

“Saya telah melakukan pencapaian tertentu, seperti menggayakan pakaian renang untuk Sports Illustrated, yang mana ia menarik minat kaum lelaki terhadap saya berbanding apa yang saya lakukan di dalam padang.

“Tetapi pada pengakhirannya, mereka akan menyaksikan juga saya di televisyen apabila kami ada perlawanan,” kata Morgan kepada espnW.

Morgan juga difahamkan berjaya meraih pendapatan sehingga tujuh angka menerusi pembabitannya dalam perjanjian dengan syarikat penajaan seperti Nike, McDonald, Tampax, Chapstick, Panasonic, Nationwide, Coca-Cola dan Beats by Dre.

“Saya lebih selesa bersikap telus tentang siapa saya sebenarnya dan apa yang saya perjuangkan,” ujar Morgan yang baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Charlie, Mei lalu.

Sewaktu berada di dalam padang, dia sentiasa memastikan penampilannya didandan rapi. Jadi, ketika beraksi bersama Spurs nanti, jangan pula ada yang terkejut melihatnya memakai solekan penuh.

Bagaimanapun, penampilannya sewaktu dia membesar di San Dimas, Morgan lebih selesa membawa dirinya sebagai tomboy.

“Saya seorang tomboy sewaktu membesar. Sekarang saya suka memakai solekan sewaktu beraksi.

“Sewaktu saya membuat persiapan untuk perlawanan, ia seperti pergi kerja, malah saya perlu mandi dan mengenakan alat solekan,” kata Morgan kepada Shape.

Morgan juga tidak takut mencetuskan kontroversi sewaktu meraikan jaringannya menentang England pada separuh akhir Piala Dunia 2019 apabila dia berlagak seperti sedang minum teh. – The Sun UK – SM

Show More

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!