Negeri

Buka ladang durian cara haram di Bukit Relau: Habis bukit ditarah, gondol

TIDAK cukup botak atau pihak berkuasa tiada keupayaan menangkap mereka yang melakukan aktiviti penggondolan di Bukit Relau, Pulau Pinang.

Itulah persoalan yang dilontarkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO)), Citizen’s Awareness Chant Group (Chant) kepada kerajaan negeri.

NGO itu mendakwa, sekurang-kurangnya empat lagi aktiviti pembersihan bukit dilaksanakan di Pulau Pinang selain satu daripadanya didedahkan berlaku di Bukit Relau.

Menurut Penasihat NGO Chant, Yan Lee, aktiviti penggondolan atau pembersihan dilakukan di kawasan Botak Hill 1, Botak Hill 2, Teluk Bahang dan Ayer Itam.

Ekoran daripada aktiviti itu menyebabkan terjadinya banjir lumpur dan kerosakan alam sekitar.

Beliau berkata, masalah sikap “gondolkan bukit dahulu dan tangkap kami jika dapat” menjadi antara punca kawasan-kawasan berkenaan mengalami penggondolan.

“Mereka jelas tidak takut kepada undang-undang dan sekali gus, memperlihatkan sikat tidak menghormati kerajaan negeri,” katanya sidang media seperti yang dilaporkan BERNAMA hari ini.

Mengambil contoh projek di Ayer Itam, beliau berkata, kebenaran merancang diberikan pada 2016 dan projek tersebut, kalau hendak diikutkan, telah melangkaui tarikh tamat lebih  daripada dua tahun.

Sehubungan itu, NGO Chant mempersoalkan keseriusan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam menangani masalah yang dibangkitkan.

Semalam, Majlis Bandaraya Pulau Pinang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik tanah yang melanggar tiga arahan henti kerja sejak Mac lalu selain membersihkan tanah secara haram bagi membuka ladang durian di Bukit Relau. – SM

(Visited 616 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button