Nasional

Dari kuarantin di rumah dipindah ke Giat Mara

SEMUA pesakit yang dikuarantin di rumah atau yang dibawah pengawasan dan pemerhatian di Labuan akan dipindahkan.

Mereka akan dipindahkan ke ke pusat kuarantin yang baru ditubuhkan di Pusat Giat Mara Kampung Rancha-Rancha bermula petang ini.

BERNAMA melaporkan pusat kuarantin kedua diwartakan di Labuan itu yang akan dikendalikan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM), mempunyai kemudahan 125 katil.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Labuan Dr Fary Akmal Osman berkata dianggarkan 2,000 orang telah diletakkan di bawah Perintah Pengawasan di Rumah selama 14 hari.

“Pesakit ini yang telah diklasifikasikan berisiko rendah akan dipindahkan ke pusat kuarantin kerana kami tidak mahu berlaku kluster yang baharu atau ia (COVID-19) menjangkiti anggota keluarga yang mempunyai sistem imun rendah,” katanya kepada pemberita selepas menerima 1,000 unit penutup hidung dan mulut daripada Labuan China Construction Bank (CCB) untuk petugas barisan hadapan Labuan di Wisma Perbadanan Labuan.

BACA

Fary berkata seramai 50 pesakit fasa pertama akan dipindahkan secara berperingkat dengan 12 orang daripada mereka akan mula dipindahkan hari ini.

“Kita masih menunggu beberapa buah katil lagi yang akan disumbangkan oleh pihak industri kewangan bagi melengkapkan kemudahan pusat kuarantin supaya lebih ramai pesakit dapat dpindahkan secepat mungkin,” katanya.

Menurut Fary, seramai 94 pesakit yang di bawah pengawasan dan pemerhatian kini dikuarantin di Institut Latihan Perindustrian, bertentangan Hospital Labuan.

“Daripada  jumlah itu, 66 adalah lelaki dan selebihnya wanita.. antaranya dua remaja berusia 12 tahun (lelaki) dan 15 tahun (perempuan) yang juga berada di bawah pengawasan dan pemerhatian di pusat tersebut,” katanya.

Fary berkata Labuan memerlukan sekurang-kurangnya empat pusat kuarantin dengan dua lagi akan dibuka tidak lama lagi.

Seramai 28 pesakit dalam siasatan (PUI) dikuarantin di Hospital Labuan.

Labuan merekodkan 12 kes kumulatif dengan dua daripada pesakit telah dibenarkan keluar hospital pada 29 Mac.

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button