Hiburan

Shuib tak kisah ‘turun naik’ mahkamah untuk saman netizen

Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu bertindak meneruskan saman terhadap netizen bernama Md Johan Dihani Mohd Zaidi atau nama pemilik akaun media sosial John Dihani yang menyebarkan fitnah terhadapnya sebagai seorang Freemason di media sosial.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 39, berkata, langkah itu diambil bagi memberikan pengajaran kepada semua pihak agar tidak menggunakan media sosial sesuka hati untuk merosakkan reputasi mana-mana individu yang tidak bersalah.

Jelasnya lagi, saman terhadap Md Johan Dihani diteruskan selepas pihaknya mendapati permohonan maaf yang dibuat menerusi Instagram Story pada 4 Julai 2023 dipadam.

Md Johan Dihani pada 10 Julai lalu melalui peguamcara menafikan semua tindakan atau fitnah yang dilemparkan kepada saya.

Instagram John.dhani

“Dia juga sudah membuat permohonan maaf pada 4 Julai tapi kemudian memadamkannya, pada 10 Julai pula melalui peguamcara dia menafikan tindakannya (fitnah) kepada saya kerana itu saman ini diteruskan”. Jelasnya semasa sesi sidang media dijalankan di Cheras, Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, dia juga sudah bersedia untuk ‘turun naik’ mahkamah demi mendapat keadilan membabitkan fitnah yang dilemparkan ke atas dirinya dan arwah siti isteri (Siti Sarah Raisuddin).

“Jika ada yang kata leceh untuk naik turun mahkamah tapi saya sudah bersedia untuk itu. Saya tahu tapi untuk dia (Md Johan), saya okey. Saya akan adakan masa untuk dia,” katanya.

Menurut peguam yang mewakili Shuib, Syed Afiq Syed AlBakri dari Tetuan Zharif Nizamuddin, pihaknya sudah menghantar saman kepada peguamcara Md Johan Dihani Mohd Zaidi .

“Kami akan membuat serahkan melalui peguam defendan selepas membuat writ saman (semalam). Setakat ini, itu sahaja perkemabagan kes ini.

Jumlah ganti rugi dalam tuntutan saman fitnah itu akan ditentukan oleh mahkamah.

Pada masa sama, Shuib menafikan bahawa fitnah tersebut menjadi punca kepada penutupan beberapa cawangan rangkaian kafe di bawah syarikat minumannya, Bubble Bee Sdn Bhd (Bubble Bee) meskipun mengakui ia sedikit memberi kesan terhadap imej perniagaannya itu.

“Ramai org cakap Bubble Bee kita dah tutup. Tapi sebenarnya kita sedang replanning balik. Ada outlet yang kita tutup dan kita akan buka di tempat lain. Itu standard dalam bisnes.

“Tapi dia tidak ada kena mengena langsung dengan ini (fitnah),” ujarnya.

Terdahulu, Shuib mengambil tindakan terhadap dua pengguna media sosial selepas menuduh dia sebagai anggota sebuah organisasi Freemason serta didakwa sengaja membiarkan arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin ditidurkan sekaligus meninggal dunia kerana jangkitan Covid-19 dua tahun lalu.

Artikle Berkaitan :>

Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 pada Watie, wang hantaran dirahsiakan

Shuib anggap kepulangan Ayash Affan sebagai hadiah hari lahir arwah isterinya

(Visited 167 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button