Nasional

Kilang gula MSM tutup punca bekalan gula terputus di Kelantan

NEGERI pantai timur sememangnya terkenal dengan makanan manis-manis. Jadi apabila bekalan gula tidak sampai, penduduk di Kelantan merungut kerana tiada bekalan gula.

Seperti mana masalah kekurangan bekalan telor dan minyak masak, terputusnya bekalan gula di negeri pantai timur adalah atas beberapa sebab.

Dimaklumkan terdapat disruption bekalan gula 1kg di 2 buah negeri akibat penutupan sementara kilang gula MSM di Johor & Perai kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

 

Namun begitu, kedua-dua kilang MSM ini telah beroperasi semula pada 25.4.2024 yang lalu.

Disruption bekalan gula hanya berlaku di Kelantan & sedikit di Terengganu manakala di negeri-negeri lain isu ini tidak berlaku dan bekalan adalah mencukupi.

Bekalan gula telah diperolehi secara berperingkat melalui pemborong-pemborong utama negeri-negeri terbabit.

Pada hari ini (1.5.2023), KPDN Kelantan telah mengambil langkah untuk mengedarkan bekalan gula paket 1kg sebanyak 250,000 kg yg ada dalam simpanan pemborong utama di Kelantan kepada pemborong dan peruncit yg terjejas.

Terdapat 8 pemborong utama gula di Kelantan. Mulai 29.4.2023 sehingga 1.5.2023, 4 pemborong utama gula di Kelantan telah menerima sebanyak 140.72 metrik tan gula daripada MSM.

Bekalan baharu yg diterima ini akan diagihkan kepada pemborong dan peruncit mulai esok dengan pemantauan oleh KPDN Kelantan.

KPDN telah bekerjasama rapat dengan 2 pengilang utama negara iaitu MSM & CSR bagi memastikan isu disruption ini diatasi dengan segera dinegeri yg terbabit.

KPDN akan bertindak tegas kepada mana-mana pihak yg mengambil kesempatan diatas situasi yg berlaku atau melanggar mana-mana peruntukan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 & perundangan subsidiarinya.

BACA Pelaksanaan stok penimbal gula putih bertapis elak gangguan bekalan

(Visited 355 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button