MahkamahNasional

Mohon batal, pendakwa kerap minta tukar pertuduhan – Najib

PEGUAMBELA bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta mahkamah membatalkan pertuduhan berhubung kes laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Permohonan itu dibuat selepas pihak pendakwa raya didapati kerap menukar pertuduhan yang dikatakan dibuat berdasarkan keterangan saksi.

“Peguam pembelaan saya meminta mahkamah untuk membatalkan pertuduhan saya dalam kes laporan audit 1MDB.

“Ini ekoran pendakwa raya berkali-kali menukar caj terhadap saya selepas perbicaraan bermula dan saksi-saksi memberi kenyataan.

“Mula-mula, didakwa dalam mahkamah bahawa saya telah mengarahkan laporan akhir audit yang SEDANG disediakan SEBELUM ianya dimuktamadkan dipinda.

BACA > Tak perlu bimbang didakwa muat naik video di TikTok, YouTube — Suara Merdeka

“Lepas itu, pendakwa raya minta mahkamah untuk tukar pertuduhan menjadi ‘saya telah mengarahkan laporan akhir audit yang TELAH disediakan SEBELUM ianya dimuktamadkan, dipinda’.

Demikian kata Ahli Parlimen Pekan itu dalam Facebooknya hari ini yang khuatir wujud satu penganiayaan terhadap dirinya.

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10157232197500952/?type=3&theater

Tambahnya, pertuduhan tersebut sekali lagi ditukar selepas perbicaraan berjalan dalam tempoh yang lama dengan beberapa saksi dipanggil.

“Pihak pendakwa raya tiba-tiba mohon mahkamah meminda tuduhan.

“Menjadi ‘saya telah mengarahkan laporan akhir audit yang telah muktamad yang kemudiannya dimuktamadkan semula’.

“Selepas berbulan-bulan perbicaraan kes berjalan dan kebanyakan saksi-saksi penting pendakwa raya seperti ketua audit negara dan setiausaha sulit PMO telah memberi penerangan dalam mahkamah.

BACA > Teresa mahu slogan ‘Sayangi Sawitku’ dikekalkan — Suara Merdeka

“Entah apa benda yang sudah muktamad boleh dimuktamadkan semula dan kenapa caj (pertuduhan) boleh ditukar-tukar mengikut keterangan saksi,” soalnya.

Selain penindasan, Najib memaklumkan beliau bersependapat dengan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kemungkinan berlaku penyalahgunaan proses mahkamah.

Ini kerana menurutnya, kebanyakan saksi memberi keterangan dipercayai memberi maklumat kepada mahkamah yang tidak berpihak kepada pendakwaraya.

“Sebab itu, peguam saya berpendapat terdapat penindasan dan penyalahgunaan proses mahkamah terhadap saya.

“Serta kes pendakwaan amat lemah kerana saksi-saksi utama memberi kenyataan yang tidak berpihak pada pendakwa raya dan minta mahkamah untuk membatalkan kes ini,” tegasnya.

Justeru, keputusan Najib untuk membatalkan dakwaan meminda laporan audi 1MDB akan diketahui pada 7 Ogos nanti.

Memetik laporan portal Malaysiakini, Najib berhadapan tuduhan meminda laporan audit 1MDB.

BACA > Permohonan batal pertuduhan Ahmad Maslan ditolak — Suara Merdeka

Tuduhan yang dibuat ke atas beliau dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy akan bersambung pada 27 Julai ni. – SM

 

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button