Hiburan

Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 pada Watie, wang hantaran dirahsiakan

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu sah bergelar suami kepada Watie Hanifiah yang merupakan seorang usahawan juga atau nama sebenar Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah dengan sekali lafaz sahaja.

Pernikahan yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam pada pukul 8.47 malam tadi dengan mas kahwin sebanyak RM8,288 atas simbolik tarikh lahir kedua mempelai bagaimanapun, hantaran dirahsiakan dan hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang tahu.

Pasangan pengantin ini dinikahkan oleh abang kandung Watie sendiri Kreadit gambar: F8Buzz

Pasangan pengantin ini dinikahkan oleh abang kandung Watie sendiri iaitu Qhadaffi Hanafiah di hadapan penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Selangor iaitu Zubairi Ghazali.

Untuk rekod, pasangan ini telah melangsungkan pertunangan pada 6 Mei 2023 secara tertutup dan hanya dihadiri insan terdekat.

Walaupun tidak mengadakan resepsi, mereka telah melangsungkan dua lagi majlis sebelum pernikahan iaitu majlis khatam al-Quran dan juga malam berinai dua minggu yang lalu.

Sentuhan solekan dari Datuk Al aafa

Sebelum ini Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19

(Visited 491 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button